
Selasa, 9 Mac 2021, 1:50 pm
Kenapa banyak kuda laut kat Miri 🤔?
“Sebab dekat dengan laut la… 😅”.
Kuda laut mula diperkenalkan sebagai simbol bandaraya #Miri pada 1994 oleh Pehin Sri yang dikasihi 😏 ⁽¹⁾. Kerana sifat & pergerakan kuda laut yang lembut & anggun, melambangkan keadaan aman & harmoni masyarakat pelbagai etnik & budaya di Miri.
Ada juga cerita yang menyatakan kuda laut diambil sebagai #mercutanda bandaraya Miri kerana sebuah pulau di Kuala Baram yang berbentuk seperti kuda laut ⁽²⁾. Pulau yang terbentuk hasil daripada timbunan sedimen Sungai Baram bagaimanapun sering berubah² bentuk, dan namanya juga sering bertukar², sekejap nama Pulau Kuda Laut, Pulau Unduk-unduk, Pulau Bawai & Pulau Tikus.
Kebanyakan tugu kuda laut di Miri adalah berpasangan, dan ada nama masing² iaitu MiMi dan RiRi, macam yang dalam gambar ni 😻.
Lokasi: Taman Awam Miri.
⁽¹⁾ www.miriresortcity.com/content/seahorse-mascot
⁽²⁾ www.miriresortcity.com/content/island-baram-delta
Komentar