Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

BKSS Loop, lawan kepada Mae Hong Son Loop

Sabtu, 24 April 2021, 1:00 pm0

BKSS yang ini bukanlah nama bantuan kewangan daripada kerajaan GPS, tapi nama kepada siri dashcam drive terbaru, iaitu Bau-Kuching-Serian-Simunjan.

Jalan² yang saya lalui dalam siri ini membentuk satu lingkaran besar mengelilingi bahagian Kuching, Samarahan & Serian, melalui Bau, Tebedu, Balai Ringin, Simunjan & Asajaya.

Part 1 saya mulakan dari Petronas Sg Maong, kat tepi jalan Batu Kawa, hingga ke Tasik Biru, . Walau pun kat Google Maps suruh guna jalan Stephen Yong, tapi saya nak tunjukkan rupa jalan , pakej WPC 02, Sematan – Sg Moyan Bridge ⁽¹⁾, yang sekarang masih dalam pembinaan.

Sky window kat Batu Kawa Riverbank Park dah boleh nampak dari jambatan Sungai Sarawak ⁽²⁾.

Nak ke Tasik Biru, ada shortcut menggunakan jalan ke Serikin, tapi sekarang kena tutup sebab ada tanah runtuh di tebing tasik, jadi saya kena guna jalan masuk pekan Bau.

Tengok video ni kat :

▶ https://youtu.be/4Z_a09UoOpUo

⁽¹⁾ http://www.panborneo.com.my/project/ssm/
⁽²⁾ https://www.theborneopost.com/2021/04/10/sky-window-the-new-landmark-of-batu-kawah-to-be-completed-soon/

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/291559545747195/

Pingback: Habis dah jalan pusing Kuching, Bau, Serian, Simunjan, BKSS Loop part 15

Pingback: Tepi laut semua sesak minggu lalu

Tulis komen: