Lama dah beli, baru semalam habis baca
Jumaat, 21 Mei 2021, 4:00 pm0
Buku ‘Mencabar Teori Konspirasi’ ni mengandungi 2 bahagian ditulis oleh 2 penulis, iaitu Ibn Jawi & ARW. Bahagian pertama menjelaskan & menyusun berkenaan ilmu fitan & kaitannya dengan teori konspirasi. Tulisan ARW pula lebih kepada menjelaskan teori konspirasi masa kini lebih kepada hasil karya propaganda & novel fiksyen pihak² berkepentingan.
Penerangan berkenaan ilmu fitan ini menarik, kerana penulis membawa kita mengulangkaji balik asas ilmu untuk orang Islam iaitu fiqh, akidah & tasawuf. Sebagaimana luas & tersusunnya ilmu² tersebut, begitu juga ilmu fitan yang sekarang banyak dicampuraduk dengan teori konspirasi. Ilmu fitan seharusnya dipelajari untuk menghasilkan keinsafan diri dalam menghadapi hari kiamat, tapi teori konspirasi merosakkan ilmu tersebut sehingga menghasilkan rasa was², ketakutan & putus asa di kalangan umat.
Bagi yang selalu membaca tulisan ARW berkenaan geopolitik, dalam buku ini beliau menceritakan asal usul teori konspirasi yang muncul sejak Revolusi Perancis, hingga ia dipergunakan oleh Hitler dalam perang dunia ke-2, sehinggalah masa kini ia meracuni pemikiran umat Islam sehingga merasakan diri lemah untuk menawan semula Baitulmaqdis.
Di kala situasi tegang di Palestin sekarang, saya rasa ada baiknya kita perkuatkan diri dengan ilmu² asas seperti ini, supaya tidak semua maklumat yang disebarkan, kita ambil bulat² kemudian disebarkan lagi kepada masyarakat, tanpa kita pasti perkara tersebut benar, atau akan memberi kesan positif.
Boleh dapatkan #buku ini di online store The Patriots, sekarang tengah ada sale: https://www.thepatriots.store/store/books/mencabar-teori-konspirasi/
Ini untuk peminat touge, BKSS loop part 5
22 Mei 2021