Cicak berumah dalam kereta
Khamis, 29 Julai 2021, 10:00 pm0
Al-kisah dalam 4 tahun lalu saya ada drive ke Miri. Dari rumah kat Kuching, ada seekor cicak melekat kat cermin depan #kereta dalam perjalanan ke Serian. Lepas tu tak tau ke mana cicak tu pergi, mungkin masuk dalam ruang enjin kereta .
Bila dah balik dari Miri, kira² dalam perjalanan singgah kat Sibu, hari lebat, tiba² muncul balik cicak tu, melekat kat cermin tepi kereta, gigih berpaut kat cermin waktu kereta bergerak laju dengan disiram air hujan lagi .
Akhirnya bila dah balik ke Kuching semula, park kereta dalam kawasan rumah, nampak balik cicak tu keluar ke cermin depan. Adoh si cicak, ikut cuti #jalan sampai ke Brunei jugak ko ya .
Ni waktu saya pergi pasang speaker #vivaturbo bulan lalu ⁽¹⁾, ternampak ada telur cicak dalam door panel ni. Si cicak tu dah tak tau kat mana, takda lagi tengok melekat kat cermin kereta waktu driving, tapi ni dah berumah pulak kat sini .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/06/diy-pasang-speaker-belakang-perodua-viva/
28 Julai 2021