Jangan tengok Running Man minggu lepas pada waktu malam 👻

240466746_372361934333622_6238114521710021874_n.jpg

Rabu, 1 September 2021, 6:00 pm583

Dah lama dah tak buat episod yang ada story line. Tema episod 568 minggu lalu adalah anak patung sumpahan kat bangunan sekolah. Jalan ceritanya ada elemen seram, campuran dari filem hantu yang ada anak patung macam Chucky & Anabelle, pastu ada sedikit idea dari drama Penthouse & movie lakonan Song Ji Hyo, Whispering Corridor.

Dah lama juga mereka tak main game cari spy tanpa ada had masa. Nampak penggambaran sampai waktu malam, jadi lebih seram suasana kat sekolah tu dalam kegelapan. Dah la orang pertama yang out ialah sparta-kook 😬.

Sebut pasal anak patung, saya tak suka anak patung, lebih² lagi yang dibuat hampir serupa bayi atau anak kecil. Sedangkan anak patung doremon pun saya buat jadi bola sepak 😅. Inikan pula movie pasal patung boleh hidup & bunuh orang, misteriii 😱.

Tapi apa yang jadi perhatian saya dalam episod lalu ialah video tape player (VCR player), seperti dalam gambar. Dah lama tak jumpa player ini. Kat kedai online pun susah nak jumpa, kadang² ada jumpa dijual yang terpakai, mungkin dah tak ada lagi kilang mengeluarkan VCR player ni.

Bagi mereka yang tak tahu, lebih² lagi anak² muda yang hanya mengenali peranti selepas era VCD & DVD, VHS tape adalah media yang digunakan untuk merakam video & audio. Sama seperti kaset (rakam audio saja), ia terdiri daripada pita magnetik, yang mana isyarat analog audio & video disimpan pada pita magnetik tersebut, kemudian memerlukan VCR player seperti dalam gambar untuk memainkan semula video tadi.

Disebabkan pita magnetik ini diperbuat daripada plastik nipis, VHS tape ni tak dapat disimpan lama terdedah dengan cahaya matahari, kelembapan & suhu tinggi, sebab plastik tu akan mereput. Bapa saya ada simpan banyak VHS tape, hasil rakaman dari & video camera lama, tak pasti kalau masih dapat main lagi tape² tu semua. Saya dah jumpa dah cara nak convert dari VHS tape ke digital, guna video capture card kat , tapi tak ada VCR player, jadi belum dapat start projek lagi 🤨.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/372361961000286/

Tulis komen: