Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Kalau Jihyo ikut Squid Game mungkin dia jadi pemenang

249252556_407610354142113_2949246092718092533_n.jpg

Selasa, 26 Oktober 2021, 10:30 pm0

minggu lalu episod 576, mereka main salah satu game dalam drama Squid Game yang popular kat Netflix sekarang, iaitu melintas jambatan kaca.

Dalam Squid Game, jambatan tersebut ada 18 langkah & disertai 16 pemain ⁽¹⁾. Setiap langkah ada 2 petak untuk pemain pilih, salah satunya kaca nipis yang akan pecah. Pemain bergilir melintas jambatan tersebut, sambil mempertaruhkan nasib, kalau nasib tak baik, jatuh dari jambatan, tamat riwayat.

Dalam Running Man pulak, mereka guna styrofoam board menggantikan kaca, dan kalau jatuh, hanya terkeluar daripada permainan.

Song Jihyo yang selalunya bernasib baik, kali ini berjaya meneka 7 daripada 13 jumlah petak jambatan. Semua member, guest, sehinggakan staff production terkejut dengan kebolehan Jihyo meneka laluan dengan betul.

Cuma bila nak melangkah ke petak baru tu saja, Jihyo ketakutan nak melangkah, sebab tak tahu yang petak tu akan pecah atau tak, tak dapat nak uruskan expectation bila landing pada petak tersebut.

Betul jugak kata Sukjin, kalau Jihyo yang boleh bungee jump dari Macau Tower tu pun rasa takut, apalagi mereka yang lain. Rasa takut sangat tu sampaikan Jung Junha nak terberak bila giliran dia untuk melintas jambatan 😅.

Dalam Running Man memang banyak kali main game yang mencabar ketakutan kepada tempat tinggi. Dalam episod lepas dengan pemain volleyball Korea pun mereka main siapa lekat sticker paling jauh pada papan styrofoam yang diletak tinggi.

Bila ternampak Bo Pil PD (programme director) duduk mengarah di hujung jambatan, saya teringat satu episod lama Running Man yang saya baru tengok balik. Episod 248, tahun 2015, bertajuk Extreme Race. Itulah episod Bo Pil PD mula² join Running Man, dan dia sendiri telah disuruh men-demo penalti untuk episod tersebut, iaitu bungee jump tanpa tali.

Bagi yang pernah cuba bungee jump, atau lompatan seumpamanya, memang tahu perasaan gayat & kecut tu semasa dalam pergerakan jatuh, rasa macam tertinggal nyawa kat atas 😆.

Saya pernah cuba buat aktiviti lompatan begini kat Escape di Teluk Bahang, Penang. Walaupun ada tali bungee terikat kat belakang, tapi tobat tak nak cuba lagi 😂.

⁽¹⁾ https://medium.com/@lakshayakula/the-squid-game-glass-bridge-game-explained-with-probability-138371d77b52

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/407610417475440/

Tulis komen: