Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Taman Sahabat, dalam album panorama 360

245165365_397413741828441_7781658194407000557_n.jpg

Isnin, 11 Oktober 2021, 12:45 pm0

Taman Persahabatan Malaysia-China, atau singkatan Taman Sahabat, merupakan taman yang dibina bagi memperingati ulangtahun ke-30 hubungan diplomatik antara kedua² negara pada tahun 2005. Terletak dikelilingi perumahan mewah di Jalan Song, , taman ini terkenal dengan tugu Laksmana Cheng Ho seperti dalam gambar.

Taman ini ada dua pintu masuk, iaitu pintu gerbang China, dan pintu gerbang Sarawak ⁽¹⁾. Ramai pengunjung datang ke taman ini untuk berjoging, berehat & bersantai.

Terdapat gerai makanan di bangunan di atas tasik (Tea Pavilion), tapi nampak hanya ada penjual Cina, makanan tak dijamin halal. Walau bagaimanapun, terdapat mesin vending jual air tin kat bangunan ini, di pintu masuk menghala ke gerbang China.

Terdapat banyak ikan di tasik di sini, majoriti spesis ikan koi. Spesis ikan lain saya tak pasti, ada nampak macam ikan sultan & ikan emas. Pengunjung boleh beri ikan makan, tapi tak boleh beri makanan lain, hanya makanan ikan pelet saja dibenarkan. Selain itu, tak dibenarkan memancing, atau melepaskan ikan lain ke dalam tasik.

Berdekatan gerbang Sarawak juga ada binaan plat simen tertera info berkenaan negeri² di dalam Malaysia & juga peta Malaysia. Tak ada bayaran masuk taman dikenakan, tapi nak masuk tandas awam di sini kena bayar 20 sen.

Dalam album ini, saya bermula di pintu gerbang Sarawak, tengok di sini:

⁽¹⁾ https://bombasticborneo.com/2021/04/sweat-it-out-spots-in-kuching-part-1-malaysia-china-friendship-park-taman-sahabat/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/397413791828436/

Tulis komen: