Tangki warna-warni belum ada air
Ahad, 21 November 2021, 10:30 pm
Kalau #jalan menuju ke #Sebuyau, akan dapat lihat beberapa tangki air untuk projek grid air Sarawak. Rumah² kat kampung sekitar dah pasang paip & meter, tapi air belum datang lagi.
Dengar cerita sumber air untuk grid paip air ini datang dari Batu Kitang. Tangki² ini sebagai menambah tekanan (booster) air yang nak dihantar. Jauh betul nak hantar air dari Kuching ke Sebuyau, kenapa tak buat loji rawatan air yang baru untuk setiap bahagian ?

① – Ini menara tangki air yang dah siap dicat kat simpang ke Sebangan.

② – Ini pulak tangki masih dalam pembinaan kat Sebuyau.

③ – Projek Jambatan Batang Lupar, majlis pecah baru saja beberapa bulan lalu. Nampak seperti jambatan ini akan bersambung terus dengan jalan utama ke-2 (second trunk road).
Dari jauh hanya nampak kerja² menyediakan tapak (foundation / earth work). Kerja² membina tiang jambatan kat sungai tak kelihatan, sungai jauh sangat .

④ – Menurut papan tanda projek, jambatan Batang Lupar ini dijadualkan siap Januari 2025. Bila dah siap nanti, ia akan menjadi jambatan terpanjang merentasi sungai. Kalau tak silap panjangnya dalam 4-5km.
Mora main dam aji + separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021
23 November 2021
Terpaksa buang satu lagi pokok capsicum
20 November 2021