DIY guna barang setakat apa yang ada
Sabtu, 12 Februari 2022, 7:30 pm0
Bukaan atas kawasan sinki & bilik air ni saiznya dalam 4 kaki lebar & 2 kaki tinggi, agak terlalu besar sehingga segala bunyi bising & bau²an dari luar masuk dalam rumah.
Saya cadang nak tutup bukaan ini secara #DIY guna plywood & mungkin pasang kipas (exhaust fan) kat sana, tapi sekarang saya tak ada drill & gergaji. Kiranya power tools & peralatan bertukang banyak tak ada, jadi kalau nak pasang guna plywood, mungkin kena tangguh sebulan dua lagi barulah lengkap peralatan. Tu pun belum lagi nak atur hal nak cari plywood & bawa balik ke apartment, banyak lagi kerja logistik kena handle.
Buat masa sekarang, kena jadi resourceful, gunakan apa saja yang ada supaya lubang bukaan ni dapat ditutup. Bila tengok kotak peti sejuk yang disimpan, datang idea, terus pergi sukat² tengok cukup atau tidak. Bahan² lain yang saya ada ialah seperti double tape, selotep kain (duct tape) dan zip tie.
Cara nak buat: potong kotak ikut saiz bukaan, kemudian lekatkan setiap keping guna double tape sehingga tebal, saya guna 4 keping kotak sehingga jadi tebal plywood ¾” (20mm).
Kemudian selotep keliling tepi kotak guna duct tape & buat lubang untuk ikat kepingan kotak ni kat grill guna zip tie.
Selepas pasang penutup ni, saya dapati bunyi bising dari luar berkurangan dengan mendadak. Suhu dalam rumah pun rasanya meningkat sedikit, sebelum ni rasa kesejukan, walaupun tengahari tanpa pasang kipas angin. Cuma bau²an masakan dari rumah bawah tak dapat pastikan lagi sama ada masih masuk atau tidak.
Sekarang barulah rasa di dalam rumah tertutup, tak la rasa macam ada pintu belum ditutup bila ada orang berjalan limpas tepi rumah .
Jejambat Bukit Kukus setinggi 60 meter, tertinggi di Malaysia
13 Februari 2022
Mencuba roti garlic naan brand Mission
9 Februari 2022