Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

French fries + serbuk kari megi

279838659_525879158981898_203213531895119023_n.jpg
280251896_525879168981897_7049589033897945413_n.jpg

Ahad, 8 Mei 2022, 9:55 am0

Lepas puas hati tengok match Malaysia vs Thailand sukan SEA semalam, terus pergi masak french fries ni. Sedap jugak bila lepas goreng terus gaul dengan serbuk mi kari megi, rasa macam fries McD 🍟.

Untuk dapatkan fries yang rangup, kena goreng guna suhu tinggi. Oleh itu kena sentiasa kawal api dapur, atau kalau guna induction cooker, tahap kepanasan cooker. Bila nampak fries dah mula perang, start gaul² sikit supaya semuanya masak sekata.

Bila goreng guna suhu tinggi ni, tak boleh dibiarkan, takut nanti terlupa sekejap, terus hangus fries tu. Lepas fries dah nampak masak, warna perang sedikit, kecilkan api, keluarkan ke container & terus tabur serbuk mi kari megi waktu masih panas supaya perasa tu dapat meresap ke dalam fries. Kemudian goncang² container bagi serbuk perasa tu bergaul sama rata.

Walau bagaimanapun, cara masak deep fry ni menggunakan banyak minyak & tak berapa sihat untuk badan & juga dapur, sebab dapur cepat kotor licin kena minyak terpercik & mengewap. Dulu saya ada cuba masak fries guna ketuhar oven ⁽¹⁾, lepas ni nak cuba guna air fryer pulak, tak perlu guna minyak, lebih sihat & dapur pun lebih bersih.

Pasal match Malaysia vs Thailand pula, Malaysia berjaya memanfaatkan kelebihan apabila Thailand bermain dengan 10 pemain selepas separuh masa pertama. Kawalan bola oleh Malaysia pun lebih baik berbanding pasukan yang menyertai AFF Suzuki Cup ⁽²⁾ tahun lalu. Gerakan menyerang pun lebih berani, cuma masih tumpul di bahagian penyudah, dapat banyak peluang tapi tak kena sasaran (off target).

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2019/08/resipi-kentang-goreng-guna-ketuhar/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/12/tamat-dah-perjuangan-emau-malaya-di-piala-suzuki-aff-2020/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/525879222315225/

Tulis komen: