Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Singgah air terjun Titi Kerawang sekejap

Sabtu, 7 Mei 2022, 1:50 pm0

Air terjun yang berada di kawasan Teluk Bahang ni antara tempat umum (public) yang mudah untuk dilawat sebab terletak di tepi utama.

279842012_525568389012975_9123619067071928470_n.jpg
Berpeknik di air terjun

Boleh parking kereta kat tepi jalan utama, ataupun masuk ke laluan dalam, ada jambatan lama, cuma kereta panjang susah sikit nak belok sebab lorong sempit.

279440104_525568289012985_2460891725529531529_n.jpg
Kena berjalan menaiki tangga merah ni.
279734356_525568492346298_3784531172439101946_n.jpg
Kemudian ikut saja laluan yang ada paip air ni.
280096840_525568509012963_4789263839749499876_n.jpg
Hingga jumpa jambatan / titi ini.

Kat sini ada papan tanda bagitau yang tempat ini kawasan larangan oleh PBA (bekalan air Penang), tapi saya tengok orang ramai boleh saja masuk bersantai.

Mungkin kawasan di atas lagi daripada air terjun ini yang dilarang masuk, sebab nampak ada pagar & bangunan, mungkin terdapat pam air atau peralatan milik PBA.

279810188_525568225679658_6838411933269883376_n.jpg
Jambatan di jalan utama, tapi tak jumpa laluan turun ke sungai, terlalu curam.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/525569225679558/

Tulis komen: