Pertama kali cuba cuci kereta secara automatik

297006027_716428786190703_7144566265189160799_n.jpg

Ahad, 31 Julai 2022, 9:50 pm190

Lebih tepat, separa automatik. Ini kedai cuci kat Relau. Kenderaan berbaris masuk melalui gerbang pertama yang memancit air untuk membasahkan badan kereta.

Kemudian beberapa orang pekerja membuat kerja mencuci secara manual. Mula² cuci rim guna spray air, pastu menyembur buih cucian ke seluruh kereta & cuci badan & cermin kereta menggunakan kain microfibre.

Cucian manual ini saya rasa supaya kotoran degil seperti tanah atau tahi burung yang melekat dapat dibuang.

Kemudian barulah tiba ke bahagian mesin cuci kereta yang biasa kita lihat ni. Seorang pekerja akan membantu memberi arahan supaya kenderaan berada pada kedudukan yang betul sebelum masuk mesin.

Mekanisme mesin ini untuk mengawal kedudukan kenderaan di dalam mesin, adalah dengan rod besi di sebelah kanan tayar, menolak kenderaan sehingga ke kedudukan tertentu, untuk memulakan proses mencuci.

Untuk kereta manual, kena free kan gear dan tidak menarik handbrake. Untuk kereta auto pula, letak pada N dan juga tidak pasang handbrake atau parking brake. Ini supaya rod besi kat tayar tadi dapat menolak kereta ke depan melalui dalam mesin cuci kereta ini.

Di kedai cuci kereta ini, saya kira mesin ini digunakan hanya untuk membilas cucian secara manual tadi. Mula² semburan air dibuat. Batang ‘berus’ yang berpusing² tu sebenarnya diperbuat daripada jalur kain, akan berpusing² dekat kereta sambil mencuci selebihnya keseluruhan badan kereta & membilas buih & sabun.

Di penghujung mesin terdapat tiupan angin (blower) untuk mengeringkan permukaan kereta. Selepas kereta keluar dari mesin, beberapa orang pekerja lagi akan mengelap kering keseluruhan kereta.

Keseluruhan proses mengambil masa kira² 10-15 minit, bergantung kalau ada banyak kereta di depan, lebih lama masa diambil untuk berbaris. Dan bayarannya hanya RM6. Murah & cepat, ini saya suka 😄.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/716428829524032/

Pingback: Mencuba satu lagi mesin auto spa kat Bayan Baru

Tulis komen: