Macam nak semput berjalan dalam kedai ni
Rabu, 10 Ogos 2022, 10:50 pm0
Ikea Batu Kawan, #Penang.
Kat tingkat ke-2 ada food court Ikea yang terkenal dengan menu meatball. Kat tingkat ke-3 pula ada showroom yang luas ya amat.
Showroom terbahagi kepada beberapa ruang bilik bagi memperagakan susunan perabot & produk #Ikea bagi ruang² rumah tertentu, seperti ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik air, beranda, termasuk juga ruang pejabat, garaj dan stor.
Saya masuk satu persatu, perlahan² perhati design rumah gaya Scandinavian. Design perabot, warna dinding, tile & jenis lampu digunakan semuanya nampak ringkas tapi bermanfaat (simple & functional).
Minimalis & kompak. Sesuai untuk diletakkan dalam rumah kontena atau tiny house. Bila dikira jumlah harga barangan yang diletak di sini, masih dikira mampu milik, tak sampai belas² ribu.
Kat kawasan showroom ni, pembeli hanya perlu mengambil nombor kod barangan yang nak dibeli. Sebab tu ada disediakan pensel & kertas ini untuk buat catatan. Ini cara analog.
Nak cara digital, boleh guna PC yang disediakan untuk search produk. Ataupun guna aplikasi 3D interior designer untuk mendesign ruang dalaman rumah.
Dekat lebih setengah jam perlahan² melalui beberapa ruang showroom, nampak macam masih banyak lagi bilik yang belum dilepasi. Tiba² rasa agak klaustrofobik, sebab tak nampak penghujung ruang showroom & tak jumpa jalan shortcut. Walaupun design & perabot yang dipamerkan berbeza, tapi ruang segi empat tersebut nampak sama saja dari awal. Ada saja jalan keluar disediakan, tapi rasa macam rugi pulak kalau give up awal .
Disebabkan kawasan showroom yang luas, ada disediakan ruang tandas & tempat duduk di separuh perjalanan. Beberapa orang pakcik makcik & auntie uncle duduk berehat sebentar.
Agaknya ada lebih berbelas ruang showroom yang ada di sini. Lepas lalui semuanya, akan kembali ke pintu masuk showroom. Boleh dikatakan showroom ini berbentuk U-turn panjang, dibahagikan kepada beberapa ruang segi empat & pengunjung kena lalui secara belok² kiri kanan.
Anjir, tak habis lagi! Lepas showroom, turun ke tingkat 2, sebelum kembali ke food court, ada lagi ruang kedai supermarket Ikea. Sama seperti showroom kat tingkat atas, yang ini pun luas & kena jauh berjalan .
Kat bahagian #pasaraya sini lebih kepada produk kecil yang boleh dibawa menggunakan troli. Ada periuk belanga, ada lampu², langsir, blind, bantal, baldi, kain lap, macam² lagi barang rumah.
Di hujung pasaraya sebelum kaunter bayaran, ada barisan rak tinggi bagi pembeli yang mahu ambil sendiri (self service) perabot² yang nak dibeli. Nama saja self service, tapi nak ambil kotak perabot dari rak yang tingginya macam bangunan 3 tingkat tu, tetap kena minta pekerja ambilkan menggunakan hydraulic lift.
Kali ini takda beli apa², lain kali bila nak menghias rumah sendiri barulah datang balik kedai ni, pilih² angkut.