Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cara nak dapat duit free untuk dibelanja kat Petronas Mesra menggunakan Setel

Selasa, 27 September 2022, 2:50 pm0

Tengok perkataan free lalu cepat jak nak ambil tahu 😅.

Sebenarnya taklah free sangat, tetap juga kena belanja isi minyak kat . Caranya menggunakan mata ganjaran (loyalty point) dalam kad Mesra.

309062842_756676335499281_7736792458953855087_n.jpg
Redeem point kad Mesra kepada dalam dompet (e-wallet) .

Seliter petrol atau diesel yang diisi bersamaan satu mata. Kadang² kalau ada promosi, boleh dapat lebih mata bagi setiap liter.

Sebelum ni kebiasaannya kalau nak belanja (redeem) mata ganjaran Mesra ni, boleh swipe saja kad Mesra kat kaunter.

Tapi sekarang, Petronas mahu pengguna berhijrah daripada menggunakan kad fizikal kepada aplikasi mudah alih. Jadi mata ganjaran Mesra tadi boleh ditukarkan terus kepada wang dalam dompet (e-wallet) Setel.

Kadar pertukarannya ialah 100 mata bersamaan RM1, atau 1 mata = 1 sen.

Sekarang semakin banyak kedai Mesra Petronas yang menyokong penggunaan Setel, dan semakin banyak kedai yang dah rosak mesin swipe kad Mesra 😆.

Bagi yang belum ada Setel, boleh install kat telefon masing²:

Android – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.setel.mobile
iOS – https://apps.apple.com/my/app/setel/id1441424081

Kemudian gunakan kod referral 9ndvw semasa mendaftar akaun baru.

Dalam aplikasi Setel, dapat daftar kad Mesra sedia ada supaya dapat lihat baki mata ganjaran terkini, dan juga menukarkan mata terus kepada wang dalam dompet.

309012576_756676338832614_3714966943459306346_n.jpg
Pembayaran menggunakan aplikasi Setel.

Saya suka cara pembayaran menggunakan Setel, sebab ia mudah & direct. Hanya tekan pada tab ‘Pay’ dan akan keluar kod bar atau kod QR. Tunjukkan kod tersebut kepada cashier untuk di-scan, dah siap, setel.

309212657_756676348832613_7002199287058161164_n.jpg
Isi² minyak dapat free ☕.

Sekali lagi bagi yang belum ada Setel dalam smartphone masing², boleh install menerusi Google Play ⁽¹⁾ atau App Store ⁽²⁾, dan gunakan kod referral 9ndvw semasa mendaftar akaun baru.

⁽¹⁾ https://play.google.com/store/apps/details?id=com.setel.mobile
⁽²⁾ https://apps.apple.com/my/app/setel/id1441424081

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/756676402165941/

Tulis komen: