Jangan abai label pedas kat paket tu 🌶

Rabu, 19 Oktober 2022, 6:50 pm240

311823838_773306063836308_2664440948179314875_n.jpg
Eksperimen ramen dengan sos pedas Korea.

Semasa beli mi ramen ni kat Giant, tercari² apa² perencah, sos atau kuah yang sesuai untuk dipadankan dalam ramen. Ingat nak buat macam jjajangmyun, mi kicap, tapi tak jumpa pes berasaskan kicap yang sesuai.

Terjumpa pula sos pedas Korea cap Adabi ni. Sos ni gunanya untuk disalut pada ayam goreng, terutamanya untuk ayam goreng pedas Korea (양념통닭).

309877759_773306040502977_2090881946194757514_n.jpg
Makan dengan lebihan daging cincang masak sayur campur.

Bila dibuka bungkusan, mi ramen ni bau air soya. Saya rendam dalam air mendidih selama 5 minit, sebelum ditoskan & bubuh setengah paket sos pedas. Ditambah dengan lauk semalam ⁽¹⁾ sebagai garnish 😆.

Setengah paket tu pun dah pedas sampai berpeluh² macam pergi berjoging 🥵.

Rasa sos Korea ni sedikit masin manis, ada aroma gochujang, tapi cair. Selebihnya hanya rasa pedas di lidah, macam pedas cabik geronong ⁽²⁾.

Kalau ada yang pernah merasa ramyun Samyang Hot Chicken Cheese ⁽³⁾, pedas dia macam tu lah.

Lepas , perut rasa ketat, terus minum susu. Takut melarat sakit gastrik balik 😅.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/10/bertahun%c2%b2-tak-buat-cucur/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2020/11/pokok-cabik-geronong-ni-tak-dijaga-pun-tak-selalu-diberi-baja-tak-disembur-racun-serangga/
⁽³⁾ https://azwan082.my/2021/03/merasa-jjajang-ramyun-oleh-samyang/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/773306093836305/

Pingback: Ini baru ngam, ramen + pes oden Adabi

Tulis komen: