Jangan abai label pedas kat paket tu
Rabu, 19 Oktober 2022, 6:50 pm0
Semasa beli mi ramen ni kat Giant, tercari² apa² perencah, sos atau kuah yang sesuai untuk dipadankan dalam ramen. Ingat nak buat macam jjajangmyun, mi kicap, tapi tak jumpa pes berasaskan kicap yang sesuai.
Terjumpa pula sos pedas Korea cap Adabi ni. Sos ni gunanya untuk disalut pada ayam goreng, terutamanya untuk #resepi ayam goreng pedas Korea (양념통닭).
Bila dibuka bungkusan, mi ramen ni bau air soya. Saya rendam dalam air mendidih selama 5 minit, sebelum ditoskan & bubuh setengah paket sos pedas. Ditambah dengan lauk semalam ⁽¹⁾ sebagai garnish .
Setengah paket tu pun dah pedas sampai berpeluh² macam pergi berjoging .
Rasa sos Korea ni sedikit masin manis, ada aroma gochujang, tapi cair. Selebihnya hanya rasa pedas di lidah, macam pedas cabik geronong ⁽²⁾.
Kalau ada yang pernah merasa ramyun Samyang Hot Chicken Cheese ⁽³⁾, pedas dia macam tu lah.
Lepas #makan, perut rasa ketat, terus minum susu. Takut melarat sakit gastrik balik .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/10/bertahun%c2%b2-tak-buat-cucur/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2020/11/pokok-cabik-geronong-ni-tak-dijaga-pun-tak-selalu-diberi-baja-tak-disembur-racun-serangga/
⁽³⁾ https://azwan082.my/2021/03/merasa-jjajang-ramyun-oleh-samyang/
22 Oktober 2022
Strap OEM Fitbit ni pula tahan setahun
18 Oktober 2022