Boleh buat Central Park kat sini

314771497_790937268739854_4761284977922855200_n.jpg

Khamis, 10 November 2022, 9:45 pm0

Kawasan berhutan antara Masjid Bayan Baru & Giant di sini, saya nampak beberapa kali ditebas & dibersihkan dalam tempoh 10 tahun ini, dan banyak kali itu juga projek baru tu terbiar sehingga tumbuh hutan balik.

Jalan raya kat sebelah kiri pun agak lama tertutup separuh disebabkan ada pembinaan yang tak siap².

Kat lot tanah lain di sekitar kawasan ini, dah banyak kedai & apartment yang siap. Tanah yang satu ini saja belum ada apa² kemajuan.

Lebih baik dibiarkan saja berhutan, tapi jadikan taman seperti Central Park kat New York. Ada laluan pejalan kaki, tempat duduk, tandas awam, ruang beriadah & berniaga food truck. Sekurang²nya masih ada kawasan hijau kat sini, tak lah semuanya hutan konkrit.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/790937315406516/

Tulis komen: