Macam mana kalau kedai tersilap key-in harga & kita dah terbayar guna tap Paywave?

316828075_800192824480965_6076740806288625402_n.jpg

Rabu, 23 November 2022, 6:50 pm231

Kadang² dalam situasi yang kurang diingini sebegini, saya tertanya² bagaimanakah cara standard yang telah didesign untuk menyelesaikan masalah terbabit. Khususnya melibatkan transaksi kewangan.

Antara contoh lain, jika kita membayar secara online menggunakan kad kredit, tapi terdapat gangguan pada sambungan internet sehingga terbayar lebih dari sekali, bagaimana nak cancel pembayaran yang dah duplicate tadi?

Saya pernah terbayar tiket AirAsia guna kad kredit sehingga 3 kali duplicate pembayaran. Cara untuk batalkan 2 transaksi terlebih tadi ialah dengan mengisi borang dispute daripada bank pengeluar kad tadi.

Tujuannya ialah untuk kita memaklumkan kepada bank, terdapat transaksi bermasalah yang kita minta bank batalkan, supaya kita tak perlu bayar transaksi tu.

Baru² ini, di satu restoran, bil yang saya bayar tu belum tolak satu menu yang telah cancel, dan pekerja dah taip harga kesemua menu ke dalam mesin terminal point-of-sale (POS). Lepas bayar baru check senarai menu, patut la rasa macam terlebih item.

Datang seorang pekerja lain yang ada access untuk ubah transaksi pembayaran, memaklumkan, kalau dalam situasi ini, kedai boleh batal / void kan pembayaran yang telah dibuat menggunakan mesin terminal POS & lepas tu barulah customer tap bayar sekali lagi untuk amaun yang betul.

Selepas void transaksi yang bermasalah, cashier beri saya 2 resit. 1 resit asal & satu lagi resit bukti yang transaksi tadi dah di-void. In-case bank tidak menerima request untuk void transaksi, saya ada bukti untuk dihantar kepada bank bersama borang dispute.

Workflow sebegini mengingatkan saya kepada implementation untuk Paypal. Walaupun belum pernah implement sendiri, tapi saya ada baca dokumentasi ciri² untuk dispute satu² transaksi yang ada pada sistem Paypal. Payment gateway lain rasanya tak ada ciri untuk dispute, hanya ada refund sahaja.

Trivia: Elon Musk adalah co-founder Paypal, jadi pemilikan Mas Elon terhadap Twitter, satu syarikat teknologi, bukanlah sesuatu yang asing baginya.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/800192854480962/

Tulis komen: