Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Melawat memorial tsunami di Kota Kuala Muda

Selasa, 8 November 2022, 1:50 pm0

Tanggal 26 Disember 2004 pasti menjadi memori kekal kepada penduduk di sekitar Kota Kuala Muda, berikutan gelombang tsunami yang telah meranapkan 10 buah kampung. Ombak besar yang tercetus akibat gempa bumi kuat di perairan Sumatera, Indonesia itu turut melanda Thailand, India, Sri Lanka, Maldives, Myanmar dan meragut ribuan nyawa

313112874_788915535608694_1434600989636747806_n.jpg
Bot nelayan bertingkat ni terletak betul² di simpang raya.

Di Malaysia, selain Kota Kuala Muda yang terjejas teruk, persisiran pantai Pulau Pinang, Perlis dan Selangor turut merasai gelombang tsunami dengan angka kematian dianggarkan 45 orang. Tsunami yang mencapai ketinggian enam meter itu menyusuli gempa bumi berskala 8.9 skala Richter, dikatakan paling kuat dalam tempoh 40 tahun.

313415366_788915538942027_5370056773438683629_n.jpg
Memorial di sini termasuk Dataran Tsunami ini, terdapat surau kecil di tepinya.

Tsunami adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud ‘ombak laut pelabuhan’. Dalam bahasa Inggeris, gelombang tsunami dikenali sebagai ombak pasang surut (tidal wave). Gelombang tsunami sebenarnya merujuk kepada ombak besar yang membawa kemusnahan kepada bangunan tepi pantai.

314029074_788915555608692_8248618199806356169_n.jpg
Dari tebing batu menghadap laut ini boleh nampak kawasan Batu Ferringhi di .

Monumen ini dibina bagi memperingati tsunami yang melanda Kuala Muda pada 26 Disember 2004. Tugu ini dibina menggunakan 26 bot nelayan yang rosak akibat tragedi tersebut, yang menggambarkan tarikh 26 Disember dan ia dibina sedemikian rupa kerana semasa tragedi tersebut bot-bot nelayan bertindih di antara satu sama lain.

314668247_788915565608691_316581851146007933_n.jpg
Ada si itam, nampak liar, takut bila didekati 😾.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/788915638942017/

Tulis komen: