Dah start musim sejuk 
Selasa, 20 Disember 2022, 2:55 pm
Dari semalam hingga hari ni, cuaca mendung, hujan sikit², pagi tadi kesejukan. Mungkin dipengaruhi #cuaca di pantai timur yang hujan maha lebat sampai banyak tempat banjir ⁽¹⁾.
Ini mengingatkan kepada tahun lalu, #banjir di Lembah Klang ⁽²⁾. Beberapa peristiwa dalam hujung tahun lalu nampaknya macam berulang lagi.
Bencana banjir ini salah satunya. Tahun lalu ada pilihanraya negeri ⁽³⁾, tahun ni walaupun bukan bulan sama, tapi kuku masih ada kesan dakwat PRU15.
Tahun lalu Malaysia sangkut Piala AFF Suzuki ⁽⁴⁾, petang esok bermula Piala AFF Mitsubishi Electric, harapnya tak jadi emau Malaya lagi .
Juga, dalam beberapa hari lagi akan diumumkan dividen #ASB. Jangkaannya kadar pulangan lebih rendah ⁽⁵⁾. Dah beberapa tahun tak pulang modal, kadar OPR pun tinggi, mungkin akan cancel ASB loan .
⁽¹⁾ https://www.utusan.com.my/berita/2022/12/banjir-makin-buruk-di-pantai-timur/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/12/berita-prn-sarawak-tenggelam-oleh-banjir-di-lembah-klang/
⁽³⁾ https://azwan082.my/2021/12/seminggu-lepas-hari-bergambar-jari-%f0%9f%a4%a8/
⁽⁴⁾ https://azwan082.my/2021/12/tamat-dah-perjuangan-emau-malaya-di-piala-suzuki-aff-2020/
⁽⁵⁾ https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/12/1040903/dividen-asb-dijangka-lebih-rendah-tahun-ini
ASB 2022 mengalami margin keuntungan negatif
22 Disember 2022
Di manakah anda sewaktu Messi memenangi Pyala Dooniya 2022?
19 Disember 2022