Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Apple pie kat McD Malaysia masih deep-fried

Jumaat, 6 Januari 2023, 8:45 pm0

Kat USA dah tukar guna cara bakar (bake). Saia baru tawu, lepas dengar satu episod Modern Maker Podcast ⁽¹⁾.

323898467_1284364018796315_1396538521164410243_n.jpg
Sebiji RM3.87 kat McD Sunshine.

Kat Amerika, apple pie mereka dimasak secara bakar (bake) bermula tahun 1992, mungkin sebab nak ikut trend pada waktu itu, makanan rendah lemak, supaya lebih ‘sihat’. Ada juga cerita, untuk mengelak kena saman sebab inti apple pie yang cair di tengah² tu panas, boleh melecurkan mulut pembeli ⁽²⁾.

Kat sini, saya dapati ia masih lagi goreng deep-fried, rangup berminyak di luar, inti cair di tengah, rasa macam karipap. Jadi, orang Amerika yang rindukan apple pie terbaik yang pernah mereka nikmati zaman 80-an dulu, bolehlah datang Malaysia.

323921620_1428127674384620_3876006234049861525_n.jpg
Kertas tisu tu bukannya dia guna untuk buat sarang, takkan nak dimakan jugak, pelik² jak burung gagak.

⁽¹⁾ https://open.spotify.com/episode/2zpU4aOP9cPJ5VK82062hO
⁽²⁾ https://bakeitwithlove.com/history-of-mcdonalds-apple-pie/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/833163931183854/

Pingback: Ini namanya menu rosmah 🥡

Tulis komen: