Hasil jalan² cari makan cuti tahun baru
Isnin, 2 Januari 2023, 8:55 pm

Saya dah pernah rasa mi udang begini di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda. Secara ringkasnya menu ini, mi dengan sup pedas. Bubuh 4 ekor udang, sebiji telur celur & sayur². Harga RM16.50 dengan teh O ais.
Kalau perut tak tahan pedas, jangan hirup sup mi ni, pedas dia sampai buat terbatuk².

Pantai di sini jenis berlumpur & berbatu. Ada dibuat waterfront, tempat laluan berjalan & duduk² santai. Saya datang dalam pukul 4 petang, matahari masih terik, tak ramai yang lepak ambil angin. Ramai yang duduk di medan selera, minum coconut shake.

Yang kat kiri tu tak ngam dengan yang kanan. Nampak jak friendly, buat² comel, tapi hampir dibahamnya si puteh tu .


Ni tak tau siapa punya kerja. Van pekerja & MPV eksiden, tersadai kat tempat parking berdekatan medan selera sini, dihias menggunakan cat & spray, dengan elemen abstrak dan alami .

Update 30/7/2023: dah ada bayaran masuk, RM3.
4 Januari 2023
Kereta bau kopi + new year drive
1 Januari 2023