Lebih kurang sama sedap rasa kerepek kentang Meadows

Khamis, 16 Mac 2023, 1:50 pm58

9F862F0A-F237-46CB-B5E8-DEE2CD79A832-scaled.jpeg
RM3 saja, berbanding Pringles atau Mr Potato yang harganya RM4 ke atas.

Meadows adalah jenama barangan runcit daripada DFI Retail Group, kumpulan syarikat dari Hong Kong yang sebelum ini turut memiliki Giant & Cold Storage.

Bulan lalu, rangkaian perniagaan runcit DFI Retail Group telah dibeli oleh kumpulan peruncit Malaysia yang diketuai oleh Datuk Andrew Lim ⁽¹⁾. Oleh itu, pasaraya Giant & jenama Meadows sekarang dimiliki oleh rakyat Malaysia.

03C1020D-0A1B-43E6-AA99-0971FD0A1785-scaled.jpeg
Teh earl grey Meadows pun dihasilkan daripada teh ceylon.

Jenama Meadows mula diperkenalkan di Malaysia pada September 2022 ⁽²⁾. Di Penang pula, saya perhati barangan jenama ini mula banyak sekitar hujung tahun lalu.

Banyak juga barangan elektrik di bawah jenama Meadows. Kalau waktu mula pindah Penang dulu barangan Meadows dah banyak di sini, memang saya angkut jenama ni saja.

EB4B139B-26DC-40AE-879B-DDEEBEBA1C66-scaled.jpeg
Makin kerap suara berbisik di radio jual kurma.

Saya hanya jumpa satu kotak saja Kurma Madu Yuta, yang lain semua jenis Waseem. Ni kalau ada jumpa lagi, memang terus beli 2 kotak, sebab ingat bulan tahun lalu, sekotak dihabiskan dalam setengah bulan, bila ke kedai nak cari lagi jenis kurma madu, dah kehabisanulazi 🙄.

⁽¹⁾ https://www.nst.com.my/business/2023/02/882848/malaysian-retail-group-buy-dfis-food-business-including-giant-cold-storage
⁽²⁾ https://www.sinarharian.com.my/article/100321/bisnes/dairy-farm-perkenal-jenama-meadows

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/877663643400549/

Tulis komen: