Melawat pantai di Kuala Terengganu, sesi petang

Sabtu, 13 Mei 2023, 7:50 pm145

Makan tengahari, tapau GCB di McD Marang, pastu duduk kat tepi berpiknik lagi.

38B1BC57-3FBC-487A-B26F-47CF83AEEA83-scaled.jpeg
Pantai Kelulut.

Pantai ini terletak di sepanjang utama. Ada banyak kampung sepanjang jalan, termasuk gerai jualan makanan, tempat parking & tandas awam.

Saya berhenti berehat kat sini dalam 2 jam. Lepas makan, sempat terlelap sekejap dalam kereta sambil pasang radio live kat Youtube – line internet Celcom lancar kat sini. Ada juga pengunjung lain yang siap bawa tikar & bantal pastu baring bawah pokok, nyaman tidur sambil dihembus bayu 🏖.

Sebelum ke pantai seterusnya, saya singgah Mydin Gong Badak sekejap, beli menu rahmah untuk makan malam 😁. Tapi sebelum ke Mydin, ada kereta terbalik eksiden dekat pantai ini, yang membuatkan jalan jem untuk kembali ke Kuala Terengganu.

ACE2B8D0-2DF6-460A-8058-9276A852EB7F-scaled.jpeg
Pantai Mengabang Telipot.

Lihat papan tanda ke tempat ni, ingatkan dah sampai Sabah 😅.

Jalan raya di sini nampak terlalu dekat dengan pantai, dan pantainya terancam oleh hakisan ombak, walaupun dah diletakkan timbunan batu di sepanjang garis air laut.

Kedai makan kat tepi jalan sini lokasinya bertompok², diselangi dengan ruang terbuka untuk parking kereta.

45780656-6745-43C5-8336-7BA6DA488486-scaled.jpeg
Pantai Tok Jembal.

Pantai terakhir untuk hari ini, juga dipenuhi dengan batu besar bagi mengurangkan hakisan ombak.

Dari jalan utama, masuk satu lorong dalam untuk ke pantai ini. Di sepanjang jalan di pantai ini ada beberapa buah kedai makan.

Salah satunya yang menarik perhatian saya ialah kedai kopi Chocacake. Design dinding kedai nampak tekstur bata & ada ruang makan terbuka di bumbung kedai, nampak menarik & hipsturrr 😆.

Benteng pemecah ombak

Isu hakisan ombak & saiz ombak yang besar dari Laut China Selatan, menjurus kepada pembinaan banyak benteng pemecah ombak di sepanjang pantai di .

36AF8A5C-468B-4151-B37E-2A9433F94E3F-scaled.jpeg
Benteng pemecah ombak di Pantai Tok Jembal.

Ombak yang memasuki kawasan terlindung ini menjadi lebih perlahan, sesuai untuk jadi tempat untuk menyimpan bot para nelayan.

Pantai lain yang saya jumpa benteng ini ialah berdekatan Jambatan Angkat Kuala Terengganu & pantai Pulau Kekabu ⁽¹⁾.

989F34EB-D497-4C67-8782-916BB368B2E2-scaled.jpeg
Si nuning kat Pantai Kelulut, melihat pantai yang kotor.

Selain itu, isu sampah sarap juga menjejaskan keindahan pantai di sini. Mungkin sampah yang dibawa oleh ombak & bukan daripada penduduk sekitar, tapi saya perhatikan, banyak sampah bekas makanan yang pastinya dibeli oleh pengunjung yang datang, makan, kemudian tinggalkan saja sisa mereka di sini.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/05/melawat-pantai-di-kuala-terengganu-sesi-pagi/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/909607836872796/

Tulis komen: