Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cuci kipas blower air cond kereta IswaraLMST

Selasa, 20 Jun 2023, 12:45 pm0

Punyalah hitam kotoran melekat sampai air cucian jadi macam dakwat 😬.

A0946B2F-11B4-4623-9025-9713CCE4888C-scaled.jpeg
Sebelum dan sesudah.

Untuk buka blower air cond ni, kena buka glove box. Buka skru yang memegang glove box, kemudian di belakangnya ada sekeping besi, kena buka juga. Cabut dua soket elektrik & satu tiub, barulah buka 3 skru yang mengikat blower.

3CC6F1E8-8623-435D-9D77-8D20BF280A34-scaled.jpeg
Mula² cuci guna berus gigi, lepas tu guna cotton swab.

Guna berus gigi dengan air ditambah sabun pencuci pinggan, untuk menggosok keluar kotoran tebal yang melekat pada bilah kipas.

Kotoran tu nampak macam arang atau abu, entah² owner kereta ni dulu perokok. Sebab tu kesan bau kuat sangat sampai sakit kepala 🤕.

Bila majoriti kotoran dah tanggal, bilas kat air mengalir. Kemudian guna cotton swab untuk menggosok sikit² kotoran yang masih tertinggal. Kena ulang 2-3 kali, barulah bilah kipas jadi bersih putih balik.

Langkah terakhir, saya rendam bahagian bilah blower ini dalam air dengan pelembut pakaian selama sejam. Tujuannya untuk menghapuskan terus bau² yang dah lama melekat & juga supaya habuk & debu baru tak melekat balik.

Pada blower ni ada satu lubang yang disambungkan pada hos, mungkin untuk pengudaraan bahagian motor blower. Kat dalam bahagian motor ini pun ada banyak debu² hitam yang nampak macam abu rokok. Kena ketuk² pastu goncang² blower ni berkali² untuk keluarkan kotoran tu.

CCB82A57-ADE7-43BF-BF22-E5B36620BA92-scaled.jpeg
Dah alang² buka glove box, cuci juga, lap² sikit buang debu yang melekat.

Lepas keringkan semua di bawah kipas untuk semalaman, barulah pasang balik.

F4964BFA-CBA8-40E6-A8EF-F4E6205F7DBD-scaled.jpeg
Tutup lubang masuk angin di paip air cond.

Saya gunakan plastic corrugated board ⁽¹⁾ dengan bitumen flashing tape ⁽²⁾ untuk menutup lubang masuk angin dari luar, pada tempat pasang blower air cond ini, bagi mengurangkan bau asap dari luar masuk ke dalam.

Ini hanyalah eksperimen, sebab nanti² saya nak buka dashboard secara & mungkin tutup terus lubang kat dinding firewall. Tunggu ada hujung minggu yang panjang – minggu depan raya haji 😃.

Untuk penyelesaian kekal bagi masalah bau asap dari enjin masuk ke dalam kereta, kena pergi overhaul enjin sebab kemungkinan ada kebocoran sama ada kat piston ring ataupun head gasket yang membuatkan enjin makan minyak hitam.

😶‍🌫️

⁽¹⁾ https://invl.io/cliylpw
⁽²⁾ https://invl.io/cliylq3

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/931476928019220/

Pingback: Macam² dah dibuat, masih bau kah dalam kereta?

Tulis komen: