Dapatkah buang bau dalam kereta guna baking soda?
Ahad, 11 Jun 2023, 10:55 pm0
Mencuba satu lagi tips #DIY untuk membuang bau²an dalam #kereta #IswaraLMST yang memeningkan kepala .
Tak berapa pasti kalau baking soda ni betul² menyerap bau² yang tidak dikehendaki. Tak ada pula pergi cium bau carpet sebelum tabur baking soda. Tapi lepas vacuum, ada lah kurang sikit bau² tu.
Lepas vacuum, saya pergi cuci dengan air & sabun. Mujur belum jual lagi water jet beli waktu mula² pindah dulu ⁽¹⁾, dapatlah memudahkan kerja mencuci.
Tak ada tempat lain sesuai tembak water jet kat carpet, terpaksa buat kat dalam bilik mandi. Nak lipat² carpet tu yang agak susah, bila dah basah, carpet jadi berat.
Langkah² untuk membersih carpet & seat, saya ikut dari video Aleep Just Fix ⁽²⁾. Carpet & seat taklah kotor macam dalam video tu, sampai bertanah², cuma fabrik² yang dah loose tu yang banyak tertanggal, sampai nampak sisa² hitam di bilik mandi.
Nak keringkan carpet & seat pun satu hal lagi, tak ada tempat yang kena sinaran matahari terus.
Mula² lepas cuci, saya letak kat dalam bilik ni supaya air turun menitis dari carpet & seat, tu yang sedia mop & baldi.
Lepas air dah tak menitis lagi, saya letak carpet & seat di bawah kipas kat ruang tamu & biarkan selama 2 hari berturut². Turun kerja pun biarkan kipas siling & exhaust fan berpusing untuk mempercepatkan proses pengeringan dengan meningkatkan peredaran udara dari dalam & ke luar rumah.
Bila dah kering, dah tak ada lagi bau² asap dari dalam kereta. Saya spray lagi dengan Glade Fresh Lemon bagi melekat bau segar.
Balik kerja, malam hari sempat lagi nak pasang semua carpet & seat. Dari pukul 8 sampai 11.30 malam, baru siap. Hanya pasang carpet, seat depan saja & center console.
Part center console tu yang ambil masa panjang sikit sebab kalau salah turutan, kena buka balik bahagian yang dah pasang. Pastu kalau ada skru terjatuh bawah carpet, terpaksa buka lagi center console tu .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/01/belum-sempat-lagi-nak-cuci-rumah/
⁽²⁾ https://youtu.be/N_Hrfn7Eyu4
Buat macam ni baru dapat internet laju
12 Jun 2023
Masih banyak biji kopi tapi dah expired
9 Jun 2023