Gambar² emau dekat kedai dobi bulan lalu
Isnin, 14 Ogos 2023, 9:30 pm


Ada 2-3 kali jumpa si kelabu ni, lembut bulu dia, mungkin ada orang punya, lepas tu takda lagi jumpa beberapa minggu ini.

Sama jugak, 2-3 kali jumpa lepas tu takda lagi, mungkin pergi merantau menuntut ilmu .

Yang ni tiap kali ke dobi mesti ada jumpa, sampai kenal dah, selalu gosok² badan kat seluar sampai luruh bulu. Masih kuat bermain, bila malam, cuaca sejuk sikit, mulalah dia tiba² berlari sekuat hati (zoomies).

Kawan si itam, juga selalu jumpa, tapi tak berapa jinak macam si itam. Tak nak dipegang sangat.
15 Ogos 2023
12 Ogos 2023