Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Melawat rumah kelahiran Tun M (17 gambar wide angle)

Isnin, 20 November 2023, 9:45 pm0

Lokasinya di tengah bandar Alor Setar, , masuk free.

8FC70FC4-4B3D-41C0-ACDF-7687DE0F2378.jpeg
Rumah ini terletak di tengah² kompleks yang turut menempatkan pejabat pentadbiran, auditorium, dewan dll.

Di pintu masuk utama ini, dulunya terdapat kilang ais yang menjadi asal usul nama Jalan Kilang Ais. Sekarang ada kedai tayar di tepinya.

IMG_7820.jpg
Ini pintu masuk alternatif, dari arah bertentangan pintu masuk utama. Terdapat kawasan letak kenderaan yang luas, dan ada Hotel Super8 di sebelahnya.
IMG_7873.jpg
Laman hadapan rumah kelahiran .

Dibuka kepada umum pada 20 Disember 1992 & dirasmikan oleh Dato’ Sabbarudin Chik.

IMG_7829.jpg
Serambi & pintu masuk.
IMG_7833.jpg
Ruang tamu. Tidak dibenarkan menyentuh atau duduk di atas mana² perabot di dalam rumah ini, bagi memelihara daripada kerosakan.

Terdapat banyak keratan akhbar lama di dinding rumah, yang menunjukkan tulisan Tun M menggunakan nama pena Che Det, yang menyentuh pelbagai isu tempatan semasa zaman penjajahan British & Jepun.

IMG_7836.jpg
Bilik bacaan / bilik kakak Tun M.
IMG_7838.jpg
Bilik tetamu / bilik kakak Tun M bernama Rafeah (Puteh).

Terdapat pelbagai gambar lama & artifak yang dipamerkan di sini, saya akan kongsi di artikel seterusnya.

IMG_7844.jpg
Bilik pengantin, digunakan oleh setiap pengantin baru dalam keluarga, termasuk Tun M dan Dr. Siti Hasmah.
IMG_7849.jpg
Sudut tetamu / bilik kakak Tun M, iaitu Johara (Yon) dan Habsah (Bibi) sebelum mereka berkahwin.
IMG_7851.jpg
Ruang makan ini dahulunya terdapat meja makan dan menjadi tempat makan ahli keluarga lelaki, manakala wanita makan di dapur.
IMG_7852.jpg
Bilik ibu bapa Tun M.
IMG_7863.jpg
Dapur kayu api & peralatan dapur.
IMG_7864.jpg
Ruang simpanan pinggan mangkuk & storan beras serta rempah ratus.
IMG_7865.jpg
Ruang simpanan periuk belanga & dulang.
IMG_7884.jpg
Laman tepi rumah.
IMG_7883.jpg
Belakang rumah, terdapat lesung kaki & lesung tangan di sebelah kanan gambar.

Ada 2 jenis tandas di rumah ini, gambar di atas terdapat tandas angkut.

IMG_7882.jpg
Ini pula tandas curah, bersebelahan tangga di pintu belakang rumah.

Saya tiba di sini lebih kurang jam 2 petang, hanya ada beberapa orang warga emas yang melancong datang melawat, dan terdapat sekumpulan pelajar sekolah rendah membuat aktiviti di luar, di kawasan kompleks.

Walaupun dalam Google Map ada beri amaran banjir di kawasan berdekatan, tapi nasib baik tak ada jalan kena tutup. Cuaca mendung tak ada hujan, sejuk nyaman berangin semasa berada di dalam rumah kayu tradisional begini.

Lepas kira² setengah jam saya membaca info & memerhati setiap barangan klasik di rumah ini, tinggal saya seorang saja kat sini, tak ramai yang datang melawat.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1015479426285636/

Pingback: Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad (16 gambar)

Tulis komen: