Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Lain tahun cuba lagi lah ☹

C01181E2-245B-4E65-85A3-3DAB6BC437A5.jpeg

Ahad, 21 Januari 2024, 1:50 am0

Ramai semangat datang ke Stadium Bukit Jalil untuk menonton Malaysia vs Bahrain .

Ada 3 skrin besar, setiap satu di bahagian belakang tiang gol, dan satu di tengah padang berhadapan podium.

Beberapa kali skrin tersebut terpadam ketika tengah syok tengok game. Nampak seperti video dimainkan delay beberapa minit daripada siaran asal di Astro.

Waktu lagu Negaraku berkumandang, semua berdiri nyanyi bersama.

Ada yang hampar tikar sambil baring² tengok game. Saya seperti ramai yang lain, bawa kerusi lipat, ataupun kerusi camping untuk duduk di kawasan trek larian.

Berkenaan perlawanan pula, kali ini nampak bermain lebih kepada bertahan, kurang high pressing.

Tak tahu kenapa bila bola dihantar jauh kepada Faisal Halim, dia tak cukup laju untuk mengejar bola, sebagaimana persembahan dia dalam Liga Super. Tak makan nasi ka? 🍚

Sekali lagi seperti dalam perlawanan sebelum ini, dua isu utama yang menyebabkan tak banyak serangan berbahaya dapat dilakukan:

  • Bola dihantar tak tepat.
  • Sering kehilangan bola.

VAR pun tak berfungsi malam ini. Satu insiden nampak jelas bola terkena tangan pertahanan Bahrain dalam video ulang tayang, tapi pengadil jaga VAR tidur 💤.

Hujung² perlawanan baru ada gerakan yang mampu menghasilkan jaringan, dan satu percubaan oleh Dion Cools (kalau tak silap) susulan hantaran oleh Akhyar Rashid, kelajuan bola & kekuatan sepakan dah padu tapi terlalu tinggi melangkaui palang.

Dua kekalahan, dah tak dapat buat apa lagi. Bertemu Korea Selatan minggu depan setakat pelengkap jadual. Ataupun mungkin peluang Pan Gon test skill team negara asalnya.

20/1
Bahrain 1 – 0 Malaysia (https://youtu.be/mDGTaUAkkOI)

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1050121332821445/

Tulis komen: