Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Melawat Kellie’s Castle, istana berhantu di Batu Gajah

Ahad, 28 Januari 2024, 2:50 am0

Duduk bertahun² ini baru kali pertama pergi ke bangunan lama yang nak runtuh ni 😬.

61CE5301-ABB3-476B-915F-4DE3C06871C4.jpeg
Rumahnya indah cantik menawan, terletak di atas bukit cendawan.

Kellie’s Castle merupakan bangunan bersejarah yang terletak di daerah Batu Gajah, Perak. Istana ini dimiliki oleh seorang Jurutera Awam dari Scotland bernama William Kellie Smith dan ianya dibina pada tahun 1910 oleh 70 pekerja dari Madras, India. Istana ini merangkumi 14 bilik serta ruangan lif yang kosong, 4 tingkat (2 tingkat tertimbus). Terdapat 3 terowong yang telah ditutup atas tujuan keselamatan.

1F1ACE0B-1394-4918-A84F-B9733BA76878.jpeg
Ruang tamu ini satu² bilik yang berisi artifak & perabot, tapi berkunci tak boleh masuk.

Istana ini uniknya dibina dengan batu marmar yang diimport dari India, jubin pula diimport dari Itali, batu-bata yang digunakan pula ialah jenis apricot diperbuat dari Malaya dan bahan binaanya juga daripada kayu cengal. Keunikan lain yang terdapat pada seni binanya ialah campuran Mughal-Moorish, Indo Gothic-Greco Roman dan pembinaan ini juga merupakan gabungan elemen dari Timur-Barat. Keunikannya juga ditambah dengan menggunakan bahan pengganti simen seperti putih telur itik, kapur, gula merah, pasir, madu serta tidak menggunakan sebarang paku, besi dan jentera berat.

52C7E1D9-1156-46F1-8D13-326ACD75FBF5.jpeg
Bilik² lain kosong, cuma ada papan informasi. Sesetengah bilik lantai kayunya dah hampir reput.

Hayat pemilik istana ini berakhir pada umur beliau 56 tahun kerana diserang pneumonia (radang paru-paru) di Lisbon, Portugal ketika beliau singgah untuk membawa pulang lif atas urusan perniagaan.

55E9E276-6771-4CE6-9C64-5778A67A66FB.jpeg
Bangunan ini sebenarnya tak pernah siap, sesetengah bahagian yang terbengkalai disiapkan menggunakan bahan binaan terkini supaya tidak membahayakan pengunjung.
09554552-1BC9-4B80-B8F6-ED6304A2182F.jpeg
Pandangan belakang istana.
CD985086-B48E-4743-9E74-F6AC0B1EC3A0.jpeg
Di belakang Kellie’s Castle ini ialah Kellas House.
DE88D54D-E6CD-439D-8FD8-006BA0BB832C.jpeg
Kawasan rata luas di sebelah kiri ini adalah gelanggang tenis.

Bagi saya, tarikan utama Kellie’s Castle bukanlah pada sejarahnya, tapi lebih kepada senibina, terutama sekali mereka yang berkecimpung dalam bidang binaan, arkitek, kontraktor binaan dan yang berkaitan, pasti tertarik dengan jenis² gaya binaan pada tingkap, tangga & pintu istana ini.

Bagi pengunjung umum yang suka ambil gambar, tarikan utama terletak di tingkat teratas istana ini.

48D4EBC8-3EE6-4FA7-92A3-777B60FEA412.jpeg
Pemandangan dari atas istana ini saujana mata memandang, lebih² lagi pabila cuaca cerah, meskipun kepanasan.

Aih, nangis kawan 😭

25 Januari 2024

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1054390335727878/

Tulis komen: