Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Penutup liburan raya, ngeteh di atas bukit

Isnin, 22 April 2024, 6:30 pm0

75C91D6E-0A7B-47C9-A779-0E54C5BDD0E6.jpeg
Parking free dekat Boh Tea Office, besar ruang disediakan di sana, pastu kena berjalan mendaki bukit sikit untuk ke Boh Tea Centre.

masuk ke sini sempit & berliku, ada tempatnya hanya dapat satu kenderaan lalu & tak nampak kenderaan dari arah bertentangan, rasa macam driving dari Balik Pulau ke Teluk Bahang.

Saya datang dalam pukul 10 pagi, cuaca cerah, nyaman cuma masih sedikit sejuk, tapi sejuk lagi air cond dalam shopping mall. Semakin tengahari, cuaca semakin terik, panas dari cahaya matahari, namun udara sekeliling masih lagi selesa.

27F6DF3E-B9F8-4772-AB96-15225A9CACE1.jpeg
Mesin giling daun dulu².

Di Boh Tea Centre ada pameran maklumat teh, sejarah penanaman teh di Malaysia & permulaan syarikat Boh di Cameron Highland, . Juga dipamerkan mesin & peralatan yang digunakan dari penanaman hingga ke memproses daun teh menjadi minuman.

Ada perkhidmatan jelajah kilang (factory tour) disediakan, minimum 2 orang, dengan harga dari RM40-80 seorang. Pakej paling premium tu termasuk sesi mencuba 8 jenis teh & makan sajian penuh (full course meal).

Ada kedai cenderahati untuk dapatkan ceramic/wheat mug jenama Boh. Juga dijual produk teh paket & teh 3-in-1. Saya perhatikan harganya sedikit murah, dalam RM1-2 lebih rendah.

9FC0C5A2-091D-44D6-831D-565A6F4DB9DB.jpeg
Cara order hidangan di cafeteria.

Disediakan borang order begini bersama pensel, dah tertera sekali harga untuk setiap menu. Isi borang kemudian berbaris di kaunter bayaran, pesanan akan disiapkan satu persatu & kita sendiri bawa tray makanan ke meja makan.

Ada dua ruang makan, yang pertama, di tempat meng-order teh & dessert ini, yang ada balkoni di luar (tapi tak ada meja makan kat situ), hanya tempat untuk orang bergambar.

Satu lagi ruang makan di bangunan sebelah, bersambung dengan laluan pejalan kaki. Juga ada kaunter order makanan utama lain.

Teh yang dihidangkan sudah tentu daripada jenama Boh. Saya teh matcha latte, memang teh sama yang 3-in-1 tu ⁽¹⁾. Dipadankan dengan chocolate chip muffin, fuhh ni’matt! 😋

EFDEB59F-1226-4A34-83D3-A42D1A82E75F.jpeg
Kat kanan atas tu lah balkoni tempat orang ramai bergambar tu.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/11/teh-hijau-vs-matcha/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1103778444122400/

Tulis komen: