Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Ini makanan dalam belon 🛩

Selasa, 1 Oktober 2024, 6:45 am0

Nasi beriani ni cukup² rasa rempahnya, agak ‘terang’ rasa masinnya.

B46CF0C5-6DB8-40EE-8CF8-7E4826A4D89B.jpeg
RM12/- sekotak.

Mungkin kerana Brahim’s menggunakan sama untuk makanan dalam pesawat.

Makanan dalam pesawat (in-flight meal) biasanya lebih masin, sebab deria rasa manusia berkurangan apabila berada dalam tekanan udara kabin yang lebih rendah di langit, berbanding tekanan udara di daratan pada aras laut.

0B6DF348-AA21-431E-AA05-2D87D98CB7F3.jpeg
Daging kambing Australia, bunyi ngembeknya pun mesti lain 😆.

Isi daging kambingnya medium, nampak sedikit kemerahan tapi teksturnya cukup masak. Berbulan tak isi kambing, tu yang buat rasanya ni’mat ya amat 😋.

Ini pek makanan sedia dimakan, cuma perlu panaskan dalam air mendidih selama 10 minit. Pada bungkusan kata hidangan untuk 1-2 orang tapi hakikatnya seorang makan tak cukup sebungkus.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1207848517048725/

Tulis komen: