Perlawanan terakhir Pau Marti sebagai ketua jurulatih HarimauMalaya
Sabtu, 21 Disember 2024, 10:55 am0
Walaupun dalam tiket beri nombor tempat duduk, hujung² suka hati pilih jak .
Tiket paling murah, RM30, kena masuk dari gate C. Parking kat Axiata Arena, kena caj RM5, pastu kena berjalan kaki agak jauh, nasib baik tak hujan. Penyokong pasukan pelawat duduk kat tepi kawasan grand stand.
Saya dapat seat di level 1, tapi masuk stadium agak lewat, game dah start 5 minit & seat dah penuh. Terpaksa cari tempat lain kat level 2, yang saya rasa lebih baik viewnya, walaupun lebih tinggi & jauh sangat nak nampak muka pemain.
Kena pula duduk dekat dengan golongan bujang lapuk & jomblo yang banyak mencarut & merintih nasib, jadi kurang syok tengok game. Terlalu banyak negativiti dalam reaksi terhadap apa saja tingkah laku pemain di padang.
Agaknya seronok lagi duduk dekat dengan kumpulan Ultras Malaya di hujung bertentangan stadium. Walaupun bingit dengan nyanyian dan paluan gendang, tapi mereka taklah menyanyi pasal negativiti, atau terjerit² pasal haiwan yang haram dimakan mahupun alat kelamin ibu orang .
Dalam game ini, pasukan Malaysia kena wajib menang untuk layak ke separuh akhir AFF Mitsubishi Electric Cup 2024. Satu perkara yang saya nampak menurun dalam bimbingan coach Pau Marti ialah fluidness – kelancaran pergerakan. Semakin kurang kesefahaman antara pemain membuatkan mereka lambat untuk membuat gerakan naik ke atas, sehingga Singapura cepat menutup ruang.
5 hari lalu FAM dah umumkan ⁽¹⁾ ketua jurulatih baru, jadi ini perlawanan terakhir di bawah bimbingan Pau Marti Vicente, yang mengambil alih tugas daripada Kim Pan Gon yang resign awal Julai lalu. Harapnya coach baru ni dapat improve kerjasama antara pemain, dah la sekarang makin banyak orang putih dalam team, susah nak kenal mukanya, lepas ni ada ura² nak naturalisasikan Bergson, orang Brasil, makin hilang muka Malaysia .
P.s: pagi² bangun tengok Carabao Cup kat TVS .
⁽¹⁾ https://www.facebook.com/share/p/1X64vTUMN5/
Self-hosted Penpot blank page, empty response, connection reset
19 Disember 2024