Melunas hutang lunges

Sabtu, 15 Februari 2025, 3:50 pm

Aktiviti minggu lalu, ke Bukit Gasing.

FCA2426C-21B4-4E26-BAE2-3D36CE10DDBE.jpeg
Banyak replika gasing kat pintu masuk.
44841386-2FEA-458E-AC72-22A60ACE9C2A.jpeg
Mula jam 8, habis dalam pukul 12, ini timestamp & lokasi pergerakan kami.
D3BA323F-E7BD-4F47-855C-23902BBD6983.jpeg
Platform view.

Salah satu puncak di laluan hiking ini yang ada pemandangan terbuka. Di tepinya ada puncak lain dengan communication tower yang lebih tinggi.

F4006A96-9CC0-4CC2-B04E-CA36146AABF0.jpeg
Sempadan Selangor & KL dekat platform view tadi.

Pada timestamp 09:14, kat simpang tu ada peniaga air & aiskrim. Tak bawa air takpa, asalkan bawa dompet atau phone untuk beli air, bayar guna DuitNow.

Pada timestamp 09:25, kami melintas satu jambatan gantung kayu, ini videonya:

@azwan082_my

Jambatan gantung kayu kat Bukit Gasing

♬ original sound – azwan082_my – azwan082_my

Lepas tu pada 09:45, stairway to heaven tu lebih betul kalau diberi nama stairway to hell 😅.

Dari jambatan gantung, laluan agak curam menuruni bukit sampai satu tali air. Lepas tu ada lagi pendakian yang curam yang tinggi. Kat sinilah tempat melunas hutang lunges 😆.

Exercise lower body yang bagus untuk peredaran darah & pernafasan. Kalau tak biasa, kena buat perlahan². Mesti rehat ambil nafas setiap naik 5 langkah.

Teringat balik hiking naik Bukit Bendera lebih kurang 10 tahun lalu, tapi kat sana hiking jalan bertar, yang sama curam, jalan beberapa langkah, pastu berhenti rehat. Tapi time tu pun dah berapa lama tak , squat & lunges pun tak pernah buat. Mujur kali ni masih ada saki-baki fitness dari yang bermula dari zaman PKP dulu 😌.

78AA827C-6826-44BD-90ED-B15827B764A3.jpeg
Puncak Bukit Gasing.

Di laluan hiking ni ada banyak puncak. Puncak yang tertinggi adalah antara jambatan gantung dan sebelum stairway to heaven/hell tu tadi. Tapi tempat tu banyak pokok tinggi, tak nampak kawasan sekeliling.

Sini pitstop selepas mendaki stairway, semua keletihan, kitorang berhenti rehat makan minum 30 minit.

Dalam 10:30, mula perjalanan balik. Guna jalan shortcut, tak lalu platform view tadi. Laluan shortcut ni agak mencabar, banyak mendaki berbanding laluan ke platform view yang lebih landai. Sampai kat pintu masuk dalam 11:00, berhenti rehat sebelum pulang.

Dalam perjalanan turun terserempak pelbagai kerenah, ada yang bawa anjing, bawa burung nuri, ada yang bincang bisnes juta², ada juga yang nampak seperti dah pusing kawasan stairway tu beberapa kali, tu mesti atlet trail runner 🏃‍♀️.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1306463657187210/

Tulis komen: