Scone ni kiranya kuih tart raya DIY
Sabtu, 1 Februari 2025, 10:55 am0
Dalam kotak plastik diberi mentega Lurpak & jem strawberi sekali. Bahagi dua scone tu pastu sapukan jem kat atas. Lagi sedap #makan dengan jem berbanding mentega, sebab jem yang manis campur dengan scone yang rasa neutral, rasa seperti hari raya makan kuih tart nenas. Cuma tak dapat makan banyak sekaligus, scone ni banyak melekat kat dalam mulut & kat gigi, dan cepat mengenyangkan .
Cuti raya cina ke Cameron Highland
Best jalan² sekitar pinggir bandar pada awal pagi hari cuti perayaan. Trafik #jalan lancar, kedai kilang banyak tutup, cuaca cerah. Dari Simpang Pulai merayau sampai dekat UTP, singgah Econsave, terjumpa patung pameran kat gambar di atas. Cuba perhati, ada sesuatu tak kena, pakaian bertemakan tahun baru cina, tapi patung perempuan dia pakai tudung, pastu muka patung semua orang putih .
Ini rekod baru saia kena jem paling lama kat Cameron. Mula gerak dari Petronas Simpang Pulai jam 2 petang, sampai kat tempat parking Cameron Glasshouse jam 5 petang. Ada sejam lebih untuk shopping sikit beli scone, tumpang naik buggy elektrik free dari tempat parking ke Bazaar Kea Farm. Kena angin sejuk 17°C , lupa nak bawa sweater, terbeli t-shirt lengan panjang Cameron off-roader sebab terinspirasi daripada Land Rover Defender inspector sahab yang banyak tersadai di tepi jalan. Kos parking sini RM8.50 untuk kira² sejam suku, bayar guna Touch n’ Go.
Waktu pulang pun kena jem, di kawasan jambatan dekat Tanjung Karang. Ingatkan ada accident, sebab ada ambulan datang, tapi bila dah lalu tempat tu, tak ada kesan pun. Cuma ada beberapa lampu isyarat yang tak berfungsi .
Siapa akan menang Royal Rumble 2025?
2 Februari 2025
Seminggu lepas tukar engine mounting & steering rack
1 Februari 2025