Mahalkah makanan di bazaar Ramadan tahun ni?

Selasa, 18 Mac 2025, 1:40 am
Dengar cerita Kool 101 nak buat bazaar semua makanan harganya RM5.
Ini susulan banyak keluhan orang ramai yang kata harga mahal, nasi lemak sampai RM10, nasi briyani dekat RM20, dah tak dapat jumpa makanan bawah 10 ringgit.
Syukur saya ada kelapangan untuk masak sendiri & dapat jimat belanja. Kalau bulan biasa, tiap hujung minggu keluar kira² RM100 untuk belanja dapur & rumah, bulan ni dapat skip belanja beberapa minggu.
Saya juga belum lagi menyinggah mana² bazaar Ramadan di tempat baru ni. Setakat survey² sehingga kini, ada terjumpa beberapa lokasi bazaar:
- Cyberjaya Park & Ride
- Tempat letak kereta Masjid besi Putrajaya
- Tepi Masjid Pulau Meranti
- Lokasi pasar malam Bukit Belimbing
Ada juga lokasi deretan gerai kat lorong seberang Lotus’s Bukit Puchong, yang bukan setakat bazaar Ramadan, tapi turut dibuka pada bulan² lain.
Tengoklah nanti di penghujung bulan #puasa kalau dah malas nak bertukang di dapur, barulah mencuba #makan satu dua menu makanan, minuman atau kuih-muih macam tahun² yang lalu.
- 2020: kue tiau goreng & nasi ayam ⁽¹⁾
- 2021: kuih penyaram Edmund’s Homemade ⁽²⁾
- 2022: nasi ayam tomato, nasi ayam biasa & nasi hujan panas ⁽³⁾
- 2023: nasi lemak mekdi ⁽⁴⁾
- 2024: nasi ayam goreng kunyit & teh hijau matcha ⁽⁵⁾
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/05/juadah-buka-puasa-hari-terakhir-ramadan-1440h/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/04/beli-juadah-berbuka-mesti-nak-yang-premium/
⁽³⁾ https://azwan082.my/2022/04/review-nasi-ayam-gerai-bazaar-ramadan-kat-bayan-baru/
⁽⁴⁾ https://azwan082.my/2023/04/sungkai-di-tempat-parking-giant/
⁽⁵⁾ https://azwan082.my/2024/04/kali-pertama-ke-bazaar-ramadan-tahun-ini/
Sambil cari bazaar sambil cari rumah
23 Mac 2025
12 Mac 2025