Melunas hutang lunges episod 2
Sabtu, 19 Julai 2025, 6:45 pm
Fitness betul² dah di luar bentuk (out of shape) .
Aktiviti #hiking department DE kali ini menuju ke Puncak 3 Puteri di Taman Rimba Komuniti Kota Damansara. Ada tol RM2 seorang untuk masuk.



Kami mula hiking dalam pukul 8 pagi, sampai ke puncak pukul 10. Kiranya 2 jam naik, 2 jam turun. Jalan perlahan² santai, nak jalan laju² bukannya nak menang apa² pun, menambah sakit kaki ada lah.
Laluan ada kalanya landai, ada tempat curam, tapi jarak pendakian tak jauh macam stairway to hell kat Bukit Gasing ⁽¹⁾ sebelum ni. Namun, sesetengah tempat yang curam agak licin, bukan sebab basah, tapi sebab permukaan tanah kering berpasir debu, menyebabkan kasut hilang grip & mudah termain gelongsor .
Ini video pemandangan di tebing highway PLUS, di Puncak 3 Puteri:
@azwan082_my Puncak 3 Puteri, Taman Rimba Komuniti Kota Damansara
Berikut adalah gambarajah lokasi berserta timestamp perjalanan kami.


Di sepanjang laluan hiking tak ada tempat nak buang air, kecuali di pintu masuk, di bangunan Jabatan Perhutanan.
Cuaca pun sangat baik, cerah & berangin. Semasa berehat di kawasan pintu masuk sebelum balik, kena tiupan angin sepoi² bahasa di bawah pokok redup, rasa nak baring & tidur sekejap, badan pun dah letih, tapi perut pula terasa kelaparannya .
Balik rumah, kaki sakit, lutut pun longgar dah macam lutut Seth Rollins .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2025/02/melunas-hutang-lunges/
21 Julai 2025
18 Julai 2025