Sebelum tamatnya bulan yang 😵‍💫

Khamis, 31 Julai 2025, 9:20 pm

Dalam 2 minggu ni banyak peristiwa berlaku, tak sempat nak tulis pada masa kejadian 😅.

IMG_0188.jpeg
Gambar sebagai penarik perhatian 😹.
Kehilangan perintis

Pada 22/7, Ozzy Osborne ⁽¹⁾, perintis muzik metal, telah meninggal dunia. 24/7, Hulk Hogan ⁽²⁾, perintis yang mempopularkan sukan gusti professional di media arus perdana (mainstream media), pula meninggal dunia.

Kedua²nya merupakan Hall of Famer . Smackdown & Raw minggu lalu dimulakan dengan penghormatan kepada Hogan dengan 10 kali pukulan loceng.

Thailand vs Kemboja

Pada 24/7, ini bukan perlawanan bola, tapi betul² perang, tembak bom sampai mengakibatkan puluhan maut di kedua² pihak, akibat konflik sempadan yang tak habis² sejak jaman penjajah.

Pada 28/7, PMX AI menganjurkan rundingan gencatan senjata di Putrajaya, yang akhirnya berjaya. Namun perjanjian ini rapuh, seperti yang dihuraikan oleh ARW ⁽³⁾. Tak heran kalau bila² masa boleh bersambung kembali, baru hari ni tadi ada berita baru tuduh menuduh satu pihak tu telah mengingkari gencatan senjata.

Inisiatif penghargaan Madani

Pada 23/7, PMX AI mengumumkan beberapa inisiatif ⁽⁴⁾ daripada Madani sebagai penghargaan kepada rakyat. Antara perkara yang saya nak komen:

Seratus seorang – diberi melalui MyKad. Belum lagi dapat maklumat cara nak tuntut secara terperinci. Mungkin lepas beli kat kedai baru claim guna resit 🤔.

Harga RON 95 turun RM1.99 – macam bunyi berita baik, cuma ada beberapa persoalan. Bagaimana harga subsidi ini hendak disasarkan dengan tepat kepada rakyat yang layak? Belum dengar lagi pengumuman tentang mekanisma penguatkuasaan. Berapa penjimatan kos subsidi? Bagaimana cara untuk elak disalahguna penyeludup?

Saya rasa pemberian seratus tu sebagai field test untuk tengok keberkesanan mekanisma penyaluran subsidi petrol. Ada baiknya petrol dijual dengan harga pasaran di seluruh negara. Barulah kaki tekan berkira² nak pecut gila². Fikir 2 kali, kalau tekan lebih, bayar lebih. Kalau layak subsidi pun, sakitnya waktu membayar tu dah terasa, barulah datang keinsafan sikit pada golongan berkenaan 🤣.

IMG_0196.jpeg
Gempa bumi di semenanjung Kamchatka.

Pagi 30/7, saya pasang channel NHK World. Tengok berita sama ulang². Rupa²nya ada bumi dekat Rusia & Jepun mengeluarkan amaran tsunami. Awalnya, kekuatan gempa adalah magnitud 8.0, dan amaran tsunami setinggi 1 meter di kebanyakan pesisir pantai Jepun.

Lepas sebelum gerak ke ofis, amaran dinaikkan dengan jangkaan tsunami setinggi 3 meter. Kekuatan gempa juga dikemaskini kepada magnitud 8.8. Sebagai perbandingan, gempa bumi sederhana dalam lingkungan magnitud 5.0, manakala gempa Aceh 2004 ialah magnitud 9.

FB Jabatan Meteorologi Malaysia ada melaporkan gempa pertama pada jam 7.52 pagi ⁽⁵⁾, kemudian ada lagi beberapa gempa susulan yang menyebabkan seluruh kawasan Pasifik gempar. Mujur tsunami yang tiba adalah minimal, tinggi dalam sekitar 1.3 meter, tak menyebabkan kerosakan besar 😮‍💨.

Presentation

Ini cerita peribadi, pada 24/7, lepas lebih 10 tahun tak buat presentation depan audience, saya jadi presenter untuk tunjuk demo application yang kami develop. Banyak sangkut sana sini 😅.

Kalau dulu, waktu kat UTP buat presentation untuk dapatkan markah, kat company sebelum ni buat presentation untuk knowledge sharing, kali ni presentation nak bagi top management lihat MVP untuk produk yang company bakal lancarkan hujung tahun nanti.

Kali ni saya boleh rasa dan nampak proses & engagement dari semua peringkat, dari top management yang urus direction & costing, ke sales & project manager yang uruskan komunikasi dengan pihak penyedia geran, dan development team yang gerakkan pembangunan produk dari mockup, system design & requirement, sehinggalah terhasil produk yang berfungsi.

IMG_0197.jpeg
ofis 😸

⁽¹⁾ https://www.facebook.com/share/p/178dX4vYD9/
⁽²⁾ https://www.facebook.com/share/p/1EovLzJrAf/
⁽³⁾ https://www.facebook.com/share/p/16bd9e9kXU/
⁽⁴⁾ https://www.facebook.com/share/p/1EFRLq6YxY/
⁽⁵⁾ https://www.facebook.com/share/p/16fNCi2mLi/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1433229271177314/

Tulis komen: