Perutusan khas TSMY berkenaan situasi semasa Covid19
👉🏻 11 kluster masih aktif, 97 kluster diisytihar tamat, kluster Sri Petaling yang terbesar dengan 3,375 kes positif.
👉🏻 11 kluster masih aktif, 97 kluster diisytihar tamat, kluster Sri Petaling yang terbesar dengan 3,375 kes positif.
Saya bagi 7/10, sedikit pedas, ayam goreng berminyak dengan kulit berlemak tu yang buat rasa sedap tu, tapi tak dapat selalu #makan, naik balik kolestrol nanti. Kalau ada rasa pening² nak pitam waktu bangun berdiri dari duduk walaupun tak mengejut, tu tanda kolestrol tinggi tu 😨.
Hanya tinggal 4 perlawanan saja lagi untuk musim ini. Disebabkan pandemik Covid-19, #LigaMalaysia tahun ini dipendekkan tanpa ada perlawanan timbal balik. JDT yang sedang mendahului liga dengan 6 mata di hadapan Kedah, ada harapan untuk menjadi juara lagi.
Tak lama lagi siap kereta kena tuning, harapnya minggu depan sempat untuk buat Hari Malaysia drive. Saya plan nak ke Serian, tapi tak guna jalan highway. Saya nak cuba jalan jauh masuk hutan & kampung untuk ke Serian, nak tengok lepas 57 tahun, apa kemajuan yang Sarawak dapat dari segi kemudahan asas seperti jalan raya.
Dah beberapa kali saya dengar cerita rider tak tahu #jalan ke rumah customer walaupun dah diberi location. Info location dah kira tepat coordinate dia, tapi rider tak tahu macam mana nak gunakan info ini.
Seramai 4.2 juta orang rakyat Malaysia masih belum berdaftar sebagai pengundi ⁽¹⁾. Dah ramai yang menyeru untuk pergi daftar, tak kurang juga yang menuding jari di atas statistik yang membimbangkan ini. Saya di sini cuma nak tolong tunjuk cara bagaimana nak kurangkan bilangan yang belum berdaftar ini, iaitu dengan mendaftar secara online.
Shopping is entertainment. Ini yang Shopee bagitau semasa e-commerce forum tahun lalu. Shopee mahu pengguna menghiburkan diri sambil melihat barang² yang dijual, sama seperti window shopping, tapi bukan kat shopping mall, ini shopping dalam smartphone atau depan komputer.
Lama tak tengok TV, lepas pasang indoor antenna (https://azwan082.my/post/5701/) pastu setup semua, dapatlah tengok semua channel menerusi siaran Myfreeview. Baru tahu yang RTM HD Sports ada siarkan #WWE Smackdown, pada hari Ahad 12:00-1:30 pagi. Dulu² ada jugak Smackdown disiarkan kat TV, tapi seingat saya kat TV3, waktu lepas berita Nightline.
Aerial ini khas digunakan untuk mendapatkan signal digital TV pada dekoder #MyTV. Model yang saya dapatkan ini sesuai untuk lokasi dalam lingkungan 40 km dari stesen pemancar. Stesen pemancar kat sini adalah di Gunung #Serapi, jaraknya dalam berbelas km, jadi ok lah.
Minggu ni sempat tengok full match dua game berikut: