19 Mei 2021, 4:30 pm
Kedua²nya menu segera, hanya panaskan dalam microwave oven. Bagi saya, senang lagi nak #makan pizza. Hanya panaskan guna power medium selama 3 minit, kalau tak ada pinggan/piring tahan microwave, boleh letak kat kotak bungkusan tu terus, dan bila dah sedia, potong saja jadi 4 bahagian.
#makan
#pasta
18 Mei 2021, 8:20 pm
Antara perkara baru saya belajar semasa proses upgrade hard disk ke SSD untuk #laptop ini, ialah cara nak buat installation media untuk #Windows 10 & setting BIOS supaya boot dari thumbdrive.
#Asus
#laptop
#Windows
17 Mei 2021, 9:30 pm
Ini suasana 2 hari sebelum #raya yang lalu. Banyak kedai dah tutup, orang yang datang pun sedikit². Tempat parking kat tingkat atas pun dah jadi free.
#pasaraya
#raya
16 Mei 2021, 2:00 pm
Dulu² waktu #raya selalu tengok movie² keluar panggung kat TV, macam malam tadi ada Kuch² Hota Hai mesti ramai Gen-Y duduk depan TV 😆. Sekarang dah banyak streaming services, boleh tengok online saja, tak susah nak cari link download. Disebabkan raya PKP sekarang, saya layan #drama Korea saja, lama dah tak tengok, yang latest pun rasanya Goblin 😅.
#drama
#iflix
#movie
#raya
15 Mei 2021, 1:00 pm
Sambung lagi siri ini, dari Pejabat Daerah Kecil Padawan, dekat simpang ke jalan Jambu-Bayur yang terus ke Tapah, #Siburan kat highway Kuching-Serian, menuju ke Annah Rais Hotspring. Tapi time PKP sekarang Annah Rais tak buka 😔.
#BKSSLoop
#dashcamdrive
#Siburan
14 Mei 2021, 5:55 pm
Sambungan daripada post semalam ⁽¹⁾, kalau guna arang kedai, nyala guna gas torch pastu arang terus terbakar perlahan, macam senang sangat. Saya nak cuba style #bushcraft, mulakan api menggunakan kayu² yang ada di hutan.
#bushcraft
13 Mei 2021, 5:15 pm
Percubaan memasak steak guna kayu api style bushcraft noob, daging hangus sebelah 😂.
#bushcraft
#makan
#raya
#resipi
12 Mei 2021, 5:01 pm
Ingatkan rasa macam #pasta biasa, banyak rasa berkrim & bercheese 😅.
#makan
#pasta
#puasa
11 Mei 2021, 5:00 pm
Dibina pada tahun 1931, ia merupakan salah satu bangunan peninggalan zaman rajah putih Sarawak dahulu, dalam bandaraya #Kuching. Sekarang ia digunakan sebagai pejabat pos umum.
#Kuching
10 Mei 2021, 10:30 am
Selepas game minggu ini, liga berehat selama 2 bulan untuk membuka jendela perpindahan & beri peluang pemain recover & fit balik lepas melantak lemang & rendang raya nanti 😆.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#LigaSuper2021