Resipi nasi ayam masak guna rice cooker saja
Rabu, 13 Mei 2020, 5:10 pm0
Konsep #resipi ni, daripada mengukus ayam kat atas air mendidih atas dapur, baik gunakan wap air dan haba daripada nasi yang sedang dimasak tu untuk masakkan ayam. Sekali jalan.
β – Perap ayam dulu, paling ringkas guna garam saja. Nak tambah rasa lagi, guna garam, lada dengan serbuk kunyit, atau serbuk kari. Cara saya, guna serbuk perasa mi maggi. Lumurkan ayam dengan bahan perasa tadi pastu perap selama paling kurang 30 minit, paling afdal 8 jam (semalaman) .
Lepas perap, susun ayam atas pengukus untuk periuk nasi. Sebaiknya gunakan pengukus yang khas untuk periuk nasi, sebab ia duduk kat atas periuk nasi dengan lebih kedap, mengelakkan wap dan haba daripada terlepas keluar, yang boleh menyebabkan ayam kurang atau lambat masak.
β‘ – Saya nak masak nasi campur sedikit kentang. Sukatan air kena lebih. Di sini saya letak 1Β½ kong beras, pastu sebiji kentang. Letak la air sampai takat 3 cup pada penanda kat periuk nasi.
Kentang tu kupaskan kulit dia, pastu potong dadu, kecilΒ² supaya cepat jadi lembut.
β’ – Letak periuk kat cooker dan biarkan masak sendiri. Rice cooker saya ni mengambil masa hampir 1 jam untuk masak nasi, kentang dan ayam ni semua. Lepas nasi dah masak, saya biarkan pula selama 15 minit untuk biarkan suhu menurun sedikit ke paras suam (warm).
β£ – Ni ayam kukus yang dah masak.
β€ – Ni pulak nasi & kentang yang dah masak. Yang bagusnya masak cara ni, perisa ayam yg dikukus kat atas semua turun ke nasi kat bawah, buat rasa nasi ni lagi sedap .
β₯ – Cukup untuk 4 prep meals. Sayur masak asing, ataupun letak tomato atau timun saja.
SilaΒ² #makan waktu berbuka nanti . #puasa hari ke-20, #MCO hari ke-58 (conditional MCO hari ke-2 di Sarawak).