Lokasi: Star Mega Mall. Kalau memandu dari Bintulu, menuju ke pusat bandar #Sibu, selepas simpang Hospital Sibu, ia berada di sebelah kiri. Banyak tempat parking umum di sekitar shopping mall ni.
Sewaktu ke Miri awal tahun ini, saya kena singgah UTC #Miri, mencari pejabat Borneo Parking System untuk jelaskan saman #parking. Saya letak kereta kat level L4A.
Hotel ini terletak berdekatan dengan kawasan Hospital #Sibu. Bagi mereka yang dalam perjalanan hanya singgah transit semalam di Sibu, hotel ini sangat sesuai sebab tak perlu nak masuk ke dalam bandar Sibu & menghadap kesesakan jalan di sana.
Selain daripada tempat² tumpuan ramai, saya juga mengambil gambar 360° bilik² hotel dan membuat ulasan (review) berkenaan hotel tersebut. Ini album #panorama360 pertama yang saya buat untuk #reviewhotel:
Jalan #Limbang ke #Miri tanpa melalui Brunei. Potongan #jalan yang menyambungkan Bawang Obor, Mentawai, Gunung Buda dan Gunung Mulu sedang rancak dalam pembinaan. Saya tak dapat peta lengkap jalan ini, jadi saya plot sendiri kedudukan tempat berdasarkan info yang ada. Kampung Bawang Obor tak ada dalam Google Map, tapi ia berada dalam kawasan Batu Danau. Tanah Merah di Upper Medamit pun tak jumpa, jadi saya letak Nanga Medamit saja. Kiranya jalan ni berada di sepanjang Sungai Limbang, hinggalah ke Lapangan Terbang Gunung Mulu.