Dengar cerita tempat makan ni, kalau makan mi kolok kat sini makin dimakan makin banyak mi dia, bukannya makin habis 😱

wm_84636797_109417867294698_8740156038159794176_n.jpg

Sabtu, 8 Februari 2020, 8:00 pm658

“Dengar cerita tempat ni, kalau makan mi kolok kat sini makin dimakan makin banyak mi dia, bukannya makin habis 😱”.

Ini salah satu gerai makan terletak di Pasar Malam , bersebelahan Stadium Bola Keranjang Tertutup, Serian, yang juga berada di tepi jalan Pan Borneo.

Jalan Pan Borneo yang merentasi bandar Serian, atau dikenali sebagai jalan Serian by-pass ini, telah membahagikan bandar ini kepada dua. Jalan menuju ke Sri Aman di satu bahagian sebelah timur, dan jalan menuju Kuching di sebelah barat, bahagian pusat bandar Serian.

Untuk pemandu pergi ke bahagian yang berlainan, kena pandu dari bulatan dekat hospital hingga ke bulatan dekat pejabat pos, yang jaraknya dalam 2.8km.

Pasar Malam Serian ini pula terletak di bahagian menuju ke Sri Aman. Kalau pemandu dari arah Kuching, senang saja untuk singgah gerai di sini. Tapi kalau dari arah Sri Aman, kena jalan sampai ke bulatan hospital, patah balik hingga dekat bulatan pejabat pos, baru sampai.

Gerai di sini dibuka waktu malam saja, dah nama pun pasar malam. Tapi kalau ikut logiknya, orang yang memandu ke arah Sri Aman, selalunya berjalan siang hari, sebab nak sampai destinasi sebelum waktu malam. Dan orang yang menuju ke Kuching, akan sampai di Serian apabila hari mula malam.

Jadinya, gerai ini kurang pengunjungnya. Walaupun menu makanan yang sedap² dan harga yang murah, tapi disebabkan lokasinya yang agak kurang strategik, menyebabkan tempat ni macam funfair tak laku.

Harapnya nanti gerai² di sini dipindahkan dekat kawasan Serian Piazza. Situ lagi senang nak singgah, tak kira dari Kuching atau Sri Aman.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/109417857294699/

Tulis komen: