Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Lepas 9 hari MCO baru ada keluar ke kedai

wm_91027631_130061465230338_3652644418508292096_n.jpg

Jumaat, 27 Mac 2020, 10:55 am0

Kat jalan raya nampak masih banyak kereta jalan². Ada jugak lori² besar hantar barang. Dekat area perumahan pun masih ada orang bermotosikal terkayo². Macam hari² biasa pulak, bukan tempoh perintah kawalan pergerakan, dah la hari hujan. Road block pun hanya jumpa satu selepas lampu trafik simpang Jalan Stephen Yong menuju MJC.

Singgah kat Emart Batu Kawa, nak beli barang² rumah. Kena berbaris kat luar utk cuci tangan sebelum masuk ke dalam bangunan. Yang takda pakai face mask tak dibenarkan masuk.

Masuk² saja dalam bangunan, ada pegawai kesihatan tembak suhu dahi. Pastu disediakan laluan khas menuju kedai. Jalan straight, no belok².

Kedai² yang buka hanya Watson, JomPharmacy dengan supermarket Emart. Kedai² luar bangunan ada jugak sikit yg buka, menjual makanan. Pasar basah dah tentu tutup.

Dalam Emart nampak agak ramai orang. Mungkin sebab sekarang waktu perniagaan yg dah dipendekkan (biasa buka 24 jam) menyebabkan ramai yg datang utk beli barang keperluan. Kalau lambat, pukul 7 dah tutup, dah start waktu perintah berkurung.

Lepas shopping, terus balik rumah, mandi & cuci pakaian. Ikut nasihat pihak kesihatan. Mana tau tadi badan atau pakaian ada terkena permukaan atau percikan air yg tercemar dgn . Kebersihan kena jaga selalu.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/130061458563672/

Tulis komen: