Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Bilakah waktu imsak? Adakah puasa dikira bermula pada waktu imsak?

wm_94888427_140207170882434_4136462953870262272_n.jpg

Isnin, 27 April 2020, 4:40 pm0

Secara umumnya, waktu imsak adalah kira² 10 minit, ataupun tempoh seseorang membaca 50 ayat al-Qur’an (HR Bukhari), sebelum waktu solat Subuh.

Puasa pula bermula apabila sudah masuk waktu solat Subuh (al-Baqarah 2:187). Oleh itu, waktu imsak dikira sebagai waktu perantaraan untuk berhenti bersahur dan bersedia untuk solat Subuh.

Kalau saya, setengah jam sebelum waktu imsak dah sedia sahur & makan sahur. Apabila masuk imsak, saya berhenti makan dan hanya minum air saja, sampai masuk waktu Subuh.

Bagaimana kalau tak ada jadual berbuka puasa dan imsak?

Jika anda orang yang dah terbiasa dengan jadual buka puasa dan imsak yang dicetak pada kertas dan digantung di dinding rumah, sekarang ini zaman digital, kenalah belajar beralih kepada aplikasi digital untuk mengetahui waktu² solat.

Aplikasi mudah alih yang saya gunakan ialah Muslim Pro (https://www.muslimpro.com/). Kelebihannya selain menunjukkan masa solat, adalah aplikasi ini dapat mengesan lokasi anda dan menyampaikan waktu solat berdasarkan lokasi terkini. Berdasarkan lokasi terkini juga, aplikasi ini dapat menunjukkan arah kiblat yang tepat. Selain itu, terdapat juga al-Qur’an digital beserta terjemahan, dan doa harian termasuk sekali dalam aplikasi ini. Ini sangat membantu anda sebagai muslim untuk mengerjakan ibadah.

Rujukan: https://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bhg34.htm

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/140207164215768/

Tulis komen: