Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cara membayar zakat fitrah menggunakan portal Baitulmal Kamek

Ahad, 3 Mei 2020, 10:20 am0

wm_96020953_141927714043713_7276420652423184384_n.jpg

① – Log masuk ke https://pelanggan.tbs.org.my. Jika belum mempunyai akaun, daftar akaun baru. Borang daftar seperti dalam gambar akan dipaparkan. Saya pasti semua boleh membaca dan tahu info apa yang perlu diisi dalam borang ini. Selepas daftar, email pengesahan akan dihantar ke alamat email yang anda beri.

wm_95765338_141927737377044_837397375793233920_n.jpg

② – Di sidebar sebelah kiri, atau melalui butang menu di peranti mudah alih (atas kiri), pergi ke Bayaran > Zakat Fitrah. Pilih anda mahu bayar zakat ini untuk berapa orang, kemudian klik ‘Seterusnya’.

wm_95909685_141927770710374_444750361786318848_n.jpg

③ – Di halaman ringkasan ini, anda boleh pilih cara untuk memungut resit bayaran, sama ada ambil sendiri di cawangan yang anda pilih, atau pun melalui pos. Jika melalui pos seperti saya pilih, masukkan alamat surat-menyurat anda.

wm_95876929_141927804043704_1444445021162962944_n.jpg

④ – Pembayaran boleh dibuat menggunakan online banking (FPX), e-wallet Boost ataupun Sarawak Pay. Selepas pembayaran, resit pembayaran akan diemelkan kepada anda.

fitrah wajib dilaksanakan setiap muslim yang berpuasa, tempoh masa yang diberikan adalah antara 1 Ramadan sehingga 1 Syawal, sebelum bermulanya solat hari Aidilfitri.

MCO hari ke-47, hari ke-10.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/141927824043702/

Pingback: Bayar zakat fitrah online bagi penduduk Penang

Tulis komen: