Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Raya wajib kat kampung ke? Tak boleh ke beraya kat bandar?

99092860_147238590179292_6528680529955389440_n.jpg

Khamis, 21 Mei 2020, 8:00 pm0

Setakat semalam lebih 20 ribu kenderaan dikesan cuba keluar dari kawasan Lembah Klang untuk balik ke kampung menyambut .

Ada yang beralasan takut tak dapat nak bermaafan bersalam raya. Sekarang normal baru penjarakan sosial nak bersalaman apa benda? Teknologi ada macam² untuk call, WhatsApp, FB/IG live, Zoom, Skype orang kat kampung pun dapat bermaafan apa. Tinggal diri sendiri nak mengambil kira penggunaan teknologi tu utk bermaafan sebagai ikhlas ke tidak, mesra ke tidak, bermakna ke tidak. Student luar negara dah lama beraya style ni.

Ada juga kata tak meriah. Definisi meriah selalunya dikaitkan dengan ramai orang. Kalau semua beraya kat bandar, dah ramai² tu kira meriahlah. Tengok macam kami kat bandaraya Kuching.

Syukur kat Kuching, kampung²nya dalam bandar, jadi tak ada sangat istilah balik kampung, kecuali mereka yang asal dari luar bandar lah. Taman perumahan pun macam kampung dah.

Saya sendiri dah beberapa kali beraya jauh dari keluarga. Tak ada rasa ketinggalan nak beraya pun, tahun depan masih ada lagi. Tapi yang saya risau bukanlah lain tahun tak dapat beraya lagi, tapi takut tak sempat nak lagi. Ingat² ☝🏻.

Update: mulai hari ni mana² kenderaan yg didapati cuba merentas negeri akan dikompaun dulu sebelum diminta berpatah balik.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/147238586845959/

Tulis komen: