Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Dalam hidup kita berjumpa dengan orang ‘pelik’ merupakan satu peluang untuk kita belajar

103937989_153145919588559_7122858947659821164_n.jpg

Jumaat, 12 Jun 2020, 12:05 pm0

Maksud pelik di sini bukanlah aneh, janggal atau songsang, ataupun apa² yang membawa maksud negatif. Maksud saya, orang yang unik, lain daripada yang lain, dalam maksud positif.

Dalam artikel ini saya nak hadkan konteks kepada pemakanan, orang yang cara makannya unik. Secara specifiknya, .

Vegan atau vegetarian, adalah orang yang diet makanannya berasaskan tumbuhan.

Tujuan seseorang menjadi vegan, secara umumnya ada 2 sebab:

  • Menentang kekejaman terhadap haiwan (animal cruelty).

Di sesetengah tempat, terutamanya luar negara, haiwan ternakan diperlakukan dengan kejam untuk mendapatkan daging sebagai makanan, termasuk bahagian² lain seperti kulit dan bulu sebagai pakaian dsb. Ramai yang sudah memiliki kesedaran terhadap amalan penternakan yang salah ini, memprotes dengan tidak mengambil makanan berasaskan haiwan, tidak memakai pakaian yang berasal daripada haiwan, dan tidak menggunakan apa² produk yang mengandungi bahan berasaskan haiwan.

  • Menyokong kelestarian alam sekitar.

Industri penternakan haiwan menghasilkan banyak bahan buangan yang menggugat kebersihan alam sekitar. Sisa buangan haiwan yang tidak diuruskan dengan baik, apabila dilepaskan hingga mengalir ke parit, sungai dan laut, akan merosakkan ekosistem hidupan air. Selain itu, bau busuk daripada ladang ternakan yang mengganggu kehidupan penduduk setempat beserta lalat yang banyak, ini salah satu daripada contoh kerosakan alam sekitar yang disebabkan oleh industri penternakan haiwan.

Dulunya saya ada mengenali beberapa kawan yang vegan, tapi tak berapa ambil tahu sangat. Persepsi saya waktu itu, makanan orang vegan hanyalah salad. Ya, mangkuk besar berisi sayur daun yang banyak tu saja yang saya ingat mereka 😅.

Sehinggalah saya mengikut channel Handeeman di Youtube (https://www.youtube.com/channel/UCb0s0qC96lCcx2pO2za6mcw), dalam siri pembinaan rumah kecil atas trailer (tiny house on trailer). Waktu tu saya tengah nak belajar cara² woodworking DIY. Dia ada menunjukkan makan tengahari vegan dia, yang pada mulanya saya lihat macam nasi lemak, sebab ada sambal. Tapi bukan, itu adalah red lentil chili, ataupun kita sini mungkin sebut kuah dhal cili, campur dengan nasi beras jasmin.

Selepas tu saya tengok lagi kesemua video Handeeman yang ada dalam channel Youtube dia. Persepsi saya berkenaan vegan bertukar. Sehinggakan roti kosong, ataupun kerepek pisang yang dijual di kedai, juga boleh dianggap vegan. Asalkan penghasilan makanan tersebut tidak memasukkan bahan berasaskan haiwan.

Handeeman juga memiliki satu channel Youtube lain, iaitu Unconventional Living (https://www.youtube.com/user/UnRealLivingHQ). Di channel ini dia berkongsi banyak berkenaan cara hidup alternatif, law of attraction, dan juga projek berbasikal di seluruh Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Ya, Handeeman pernah berbasikal sampai ke Teluk Bahang, Pulau Pinang untuk merasai durian Musang King kat sana, yang sekarang tengah musim berbuah. Satu lagi, dia berbasikal beratus² kilometer dari Vietnam ke Thailand, pastu di pesisir pantai Australia, dengan hanya makan pisang saja (ok, ini mungkin overclaim, tapi tengok dulu video² dia).

Handeeman, ataupun nama sebenarnya Derek Howlett, telah pun berkahwin dengan seorang lagi Youtuber terkenal di US iaitu High Carb Hannah (https://www.youtube.com/user/Rawkaholics). Hannah juga seorang vegan, dan dia menumpukan channel Youtubenya untuk usaha menurunkan berat badan dengan cara diet vegan. Di sini juga saya banyak belajar tentang masakan, cara makan untuk mengurangkan berat badan dan nutrition makanan.

Kesimpulannya, dalam hidup ini anda mungkin pernah mengenali atau berjumpa dengan orang yang cara hidupnya tidak sama dengan anda. Mungkin anda tidak bersetuju, ataupun ada yang sampai membenci, tapi anda kena berhenti sekejap, dan buka minda untuk mempelajari kenapa orang tersebut memilih gaya hidup tersebut. Mungkin anda akan mempelajari sesuatu yang baru, yang dapat diadaptasi dalam kehidupan seharian, untuk kebaikan diri sendiri juga.

Channel Handeeman & High Carb Hannah banyak mempengaruhi saya dalam cara memilih makanan, cara berbelanja & jimat , cara hidup , termasuk juga menginspirasikan saya untuk mencuba membuat kerja² pertukangan . Banyak lagi perkara menarik yang mungkin saya akan kongsikan pada masa akan datang yang saya pelajari daripada pasangan Youtube ini.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/153145916255226/

Tulis komen: