Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Bagaimana gelang tangan pintar menyukat degupan jantung, tekanan darah dan ketepuan oksigen dalam darah?

109712640_163217881914696_6205772316334330090_n.jpg

Ahad, 19 Julai 2020, 10:20 am0

Untuk menyukat kadar degupan jantung, gelang tangan pintar (wristband) ini akan memancarkan cahaya daripada LED berkali² supaya pembuluh darah dapat dikesan oleh sensor wristband, yang kemudiannya dapat mengesan kelajuan darah dipam ⁽¹⁾. Maklumat ini kemudiannya diproses dalam format degupan per minit (beats per minute / bpm).

Namun, kemungkinan tinggi terdapat ralat dalam bacaan sekiranya wristband tidak ditetapkan kedudukannya semasa bacaan diambil. Kadar degupan jantung saya semasa rehat adalah 77 bpm, terletak pada kedudukan ‘di bawah purata’ (below average) ⁽²⁾. Nampaknya kena banyak buat cardio lagi ni 💪.

Untuk menyukat tekanan darah, kebiasaannya kita menggunakan mesin yang dibalut pada lengan atas siku. Bagi wristband pula, ada yang menggunakan maklumat kelajuan nadi, yang juga diperoleh daripada sensor yang mengesan kadar degupan jantung ⁽³⁾. Ada juga wristband yang menggunakan pantulan cahaya di mana tekanan darah yang berbeza memantulkan cahaya secara berlainan.

Tekanan darah dibaca menggunakan format “systolic / diastolic”. Systolic adalah bacaan tekanan darah paling tinggi, dan diastolic adalah tekanan paling rendah, menggunakan unit mmHg (millimeter of mercury). Bacaan yang saya dapat kira normal, systolic di bawah 120 dan diastolic di bawah 80 ⁽⁴⁾.

Untuk menyukat ketepuan darah pula, saya tak berapa pasti bagaimana wristband ini melakukannya. Ini kerana di hospital selalunya menggunakan oximeter, peranti berupa klip. Di satu bahagian klip terdapat cahaya dan satu bahagian lagi sensor yang mengesan kadar cahaya menembusi hemoglobin darah, dan maklumat ini diproses untuk mengetahui berapa peratus ketepuan oksigen dalam darah.

Bacaan kadar ketepuan 94% ke atas dikira normal ⁽⁵⁾, saya punya 96%, alhamdulillah.

Wristband yang saya gunakan ini ialah M5 Smart Band. Beli online 👉🏼 https://c.lazada.com.my/t/c.0er14v?url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2Fready-stock-e-beli-m5-jam-smart-watch-fitness-tracker-waterproof-bluetooth-phonecall-bracelet-watch-heart-rate-monitor-smartband-wristband-for-android-ios-i1138502390-s3236066871.html.

⁽¹⁾ https://electronics.howstuffworks.com/gadgets/fitness/can-bracelet-track-heart-rate.htm

⁽²⁾ https://agelessinvesting.com/what-is-a-good-resting-heart-rate/

⁽³⁾ https://www.quora.com/How-do-fitness-wristbands-measure-blood-pressure-using-only-a-strobe-light-and-a-light-sensor

⁽⁴⁾ https://www.webmd.com/hypertension-high-blood-pressure/guide/diastolic-and-systolic-blood-pressure-know-your-numbers

⁽⁵⁾ https://www.homecaremag.com/understanding-spo2-and-normal-oxygen-levels

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/163217878581363/

Tulis komen: