Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

H.266 dah siap untuk menggantikan H.265 sebagai piawaian utama pemampatan video

108819979_161916852044799_1328135656126522004_n.jpg

Selasa, 14 Julai 2020, 1:30 pm0

Korang biasa mengambil menggunakan telefon pintar, ertinya korang dahpun menggunakan piawaian ini. Fail video MP4 yang korang gunakan kebanyakannya di-encode menggunakan piawaian terdahulu iaitu H.264.

H.264, juga dikenali sebagai AVC (Advanced Video Coding), merupakan piawaian yang digunakan untuk memampatkan (compress) fail video hingga menjadi kecil saiznya tanpa mengurangkan kualiti. Format ini menjadi popular kerana digunakan secara meluas oleh telefon pintar, oleh sebab saiz storan yang terhad, format ini dapat menyimpan lebih banyak video. H.264 dapat digunakan hingga video beresolusi 8K, tapi saiznya sangat besar. Oleh itu, piawaian seterusnya dibangunkan.

H.265, juga dikenali sebagai HEVC (High Efficiency Video Coding), pengganti kepada H.264, masih lagi menggunakan penghujung nama fail MP4, tapi dengan kadar pemampatan lebih baik hingga saiz fail menjadi 25% ke 50% lebih kecil dengan kualiti yang sama malah lebih baik jika bitrate sama. Untuk , format ni dah digunakan sejak iOS 11 pada tahun 2017. Korang boleh pilih nak guna antara 2 generasi piawaian ini di Settings > Camera > Formats dan pilih antara High Efficiency (H.265) atau Most Compatible (H.264). Untuk , tak pasti kalau dah gunakan piawaian ini pada video di peranti mereka. Tahun lalu Google Photos tak dapat kesan format ini dengan baik, hinggakan pengguna boleh muat naik fail dengan encoding HEVC tanpa had ke Google Drive (https://www.engadget.com/2019-10-20-google-to-fix-bug-that-lets-iphones-store-full-quality-photos.html).

Terkini, piawaian H.266, juga dikenali sebagai VVC (Versatile Video Coding) baru saja dimuktamadkan 6 Julai lalu. Penambahbaikan pada piawaian ini lebih kepada pemampatan video 4K, katanya saiz fail akan menjadi 50% lebih kecil. Selain itu, piawaian ini akan menyokong sehingga video 16K dan video 360°. Dijangkakan dalam 7-8 tahun lagi piawaian ini akan menjadi format utama digunakan dalam pemampatan video telefon pintar.

https://9to5mac.com/2020/07/06/h-266-vvc-codec-released-successor-h-265-hevc-higher-quality-video-capture-ios-iphone/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/161916848711466/

Tulis komen: